![]() |
SINGAPURA, 14 Februari 2026 /PRNewswire/ — Tower Capital Asia ("TCA") dengan sukacitanya mengumumkan pelaburan majoriti yang strategik dalam V-Key ("Syarikat"), iaitu penyedia bagi penyelesaian identiti digital dan Perlindungan dan Keselamatan Aplikasi Mudah Alih ("MAPS") berfokuskan Asia-Pasifik.
Pelaburan ini memperlihatkan keyakinan TCA terhadap kepimpinan teknologi V-Key yang kukuh dan keupayaan produk yang mendalam, sejajar dengan peningkatan kepentingan yang selamat dan lancar dalam sektor perkhidmatan kewangan serta ekonomi digital yang lebih luas. Platform hujung-ke-hujung V-Key membantu bank, syarikat teknologi kewangan (fintech) dan perusahaan melaksanakan proses pendaftaran pengguna secara selamat, mengesahkan akses serta melindungi aplikasi dan transaksi mudah alih.
Pada masa ini, teknologi V-Key menyokong dan melindungi lebih 300 aplikasi untuk pelanggan merentas 15 negara, termasuk beberapa institusi kewangan yang terbesar di Asia-Pasifik. Dibangunkan berdasarkan seni bina keselamatan yang berasaskan perisian, platform ini direka untuk pelaksanaan yang cekap dan kebolehskalaan yang tinggi, sekali gus menyokong institusi-institusi dalam memperluas perkhidmatan digital di seluruh rantau Asia-Pasifik dan pasaran antarabangsa.
"Identiti digital yang selamat menjadi asas kepada cara institusi kewangan dan platform digital menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan," kata En. Danny Koh, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tower Capital Asia. "V-Key membina platform mantap yang membolehkan organisasi-organisasi mengurus identiti, pengesahan dan keselamatan aplikasi mudah alih pada skala besar, dengan rekod prestasi yang mantap dalam persekitaran yang amat dikawal selia. Kami teruja untuk bekerjasama dengan pasukan ini bagi mempercepat inovasi produk dan menyokong pertumbuhan Syarikat."
Mengulas mengenai transaksi ini, En. Eddie Chau, Pengasas Bersama dan Pengerusi V–Key berkongsi, "Selama lebih sedekad, V–Key memberi tumpuan kepada usaha membantu institusi-institusi melindungi identiti digital dan transaksi mudah alih. Dalam mempertimbangkan rakan kongsi bagi fasa pertumbuhan seterusnya, TCA menonjol melalui pendekatan perkongsian jangka panjang, pengalaman menyokong perniagaan teknologi yang diterajui pengasas, serta rangkaian serantau yang kukuh."
En. Joseph Gan, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, serta pencipta V-OS, Virtual Secure Element berpaten yang kini digunakan pada lebih 500 juta peranti mudah alih di seluruh dunia, berkata "Kami akan bersama-sama meneruskan pelaburan bagi memperkukuh keupayaan identiti digital berpadu dan keselamatan aplikasi mudah alih kami – agar pelanggan dapat melaksanakan penyelesaian dengan yakin, pantas dan pada skala yang selari keperluan mereka yang sentiasa berkembang."
Memandang ke hadapan, perkongsian ini akan memberi tumpuan kepada mempercepat inovasi produk, memperkukuh kehadiran serantau V-Key dan memperdalam hubungan dengan institusi-institusi kewangan serta platform-platform digital, selaras dengan pertumbuhan permintaan terhadap perkhidmatan digital berteraskan mudah alih yang selamat. TCA akan bekerjasama rapat dengan pasukan kepimpinan bagi menyokong pertumbuhan organik dan inisiatif strategik, dengan tumpuan pada penciptaan nilai jangka panjang.
"V–Key beroperasi di persimpangan keselamatan, identiti dan aplikasi mudah alih – satu ruang yang menuntut piawaian pelaksanaan dan pematuhan yang tinggi," tambah En. Seth Lim, Naib Presiden Kanan di Tower Capital Asia. "Kami melihat peluang yang jelas untuk menyokong pasukan ini dalam memperluas kehadiran merentas sektor perkhidmatan kewangan dan sektor digital berkaitan."
Latar Belakang Tower Capital Asia
Ditubuhkan pada tahun 2016, Tower Capital Asia ialah firma ekuiti swasta pasaran pertengahan yang berpangkalan di Singapura. Disokong oleh kepakaran global dan berteraskan nilai-nilai Asia, firma ini memimpin pelaburan dalam penswastaan dan/atau pengambilalihan perniagaan Asia Tenggara – termasuk AXS, BoardRoom, Eu Yan Sang dan I Can Read – melalui perkongsian yang erat bersama penaja perniagaan. Setakat 30 September 2025, firma ini mengurus aset melebihi AS$900 juta dalam bentuk pelaburan dan komitmen dalam kesemua instrumen. Untuk maklumat lanjut mengenai firma ini, sila kunjungi www.towercapitalasia.com.
Latar Belakang V-Key
Ditubuhkan pada tahun 2011, V–Key menyediakan penyelesaian identiti digital, pengesahan dan keselamatan aplikasi mudah alih untuk bank, perusahaan dan organisasi berkaitan kerajaan. Platform berkuasa AI ini mengupayakan suai tugas, capaian dan perlindungan transaksi yang selamat dalam persekitaran mudah alih serta dibangunkan berasaskan V–OS Virtual Secure Element berpaten dan V-OS App Identity — menawarkan keselamatan gred perkakasan dalam perisian untuk pelaksanaan dalam pasaran digital yang dikawal selia di seluruh Asia dan peringkat global. Untuk maklumat lanjut mengenai Syarikat, sila kunjungi www.v-key.com.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4886716_MS86716_6











