TOKYO CREATIVE SALON 2026 Diumumkan Secara Rasmi - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

TOKYO CREATIVE SALON 2026 Diumumkan Secara Rasmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Festival Kreatif Terbesar Jepun Kembali ke Tokyo, 13–22 Mac 2026

TOKYO, 5 Februari 2026 /PRNewswire/ — Jawatankuasa Eksekutif Tokyo Creative Salon mengumumkan pada hari ini berkenaan TOKYO CREATIVE SALON 2026 (TCS2026) yang akan datang, iaitu festival kreatif terbesar di Jepun yang akan diadakan mulai hari Jumaat, 13 Mac hingga Ahad, 22 Mac 2026.

Scenes from TOKYO CREATIVE SALON 2025
Scenes from TOKYO CREATIVE SALON 2025

Memasuki tahun ketujuhnya, TCS2026 akan berlangsung merentas sembilan kawasan utama di Tokyo — Marunouchi, Nihonbashi, Ginza, Akasaka, Roppongi, Shibuya, Harajuku, Shinjuku dan Haneda — dan masuk secara percuma serta terbuka kepada orang ramai.

Sejak pelancarannya pada tahun 2020, TOKYO CREATIVE SALON berkembang menjadi minggu kreatif seluruh bandar yang berasal dari Tokyo yang menggabungkan elemen fesyen, reka bentuk, seni, kraf dan teknologi semasa musim bunga sakura. Dengan memanfaatkan bandar ini sendiri sebagai sebuah pentas, festival ini menarik perhatian meluas baik pada peringkat domestik mahupun peringkat antarabangsa dan menyambut lebih 1.25 juta pelawat dalam edisinya yang paling terkini.

Tema bagi tahun 2026 ialah "VINTAJ MASA DEPAN" ("FUTURE VINTAGE"). TCS2026 meneroka sejauh mana kenangan, budaya dan ekspresi kreatif yang terkumpul di dalam bandar ini boleh ditafsirkan semula melalui daya kepekaan kontemporari dan dibawa menuju masa depan. Festival ini bermatlamat untuk mempersembahkan ekspresi yang akan terus kekal abadi merentas generasi-generasi, dari Tokyo hinggalah ke peringkat dunia.

Hiroshi Ohnishi, Pengerusi TCS2026, mengulas:

"Di seluruh dunia, bandar-bandar memperkukuh nilai budayanya dengan menghimpunkan pencipta serta komuniti. TOKYO CREATIVE SALON ialah satu inisiatif untuk mempamerkan daya kreativiti bertaraf dunia Jepun dengan Tokyo sebagai pentasnya. Melalui tema ‘VINTAJ MASA DEPAN,’ kami berusaha untuk menghubungkan budaya dan kenangan yang terkumpul di bandar ini dengan ekspresi yang tak lapuk dek zaman menuju masa depan."

Satoshi Sugiyama, Pengarah Eksekutif TCS2026, menambah:

"Tokyo ialah sebuah bandar yang melaluinya lapisan-lapisan kreativiti dibangunkan dari semasa ke semasa melalui penduduknya, tempat serta pelbagai pengaruh budaya. Menerusi TOKYO CREATIVE SALON, kami mentafsirkan semula lapisan-lapisan ini melalui perspektif kontemporari dan mengubah bandar ini sendiri menjadi ruang ekspresi kreatif. ‘VINTAJ MASA DEPAN’ menggambarkan hasrat kami untuk mengimbas kembali kenangan yang terbenam di Tokyo dan mewujudkan bentuk kreativiti baharu yang akan dimajukan ke arah masa depan."

Butiran lanjut mengenai program dan pameran individu akan diumumkan pada minggu-minggu akan datang.

 

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4877438_MS77438_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI