SKYWORTH PV Raih Pencapaian Penting dengan Penyiapan Projek PV Teragih Pertama di Hong Kong - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

SKYWORTH PV Raih Pencapaian Penting dengan Penyiapan Projek PV Teragih Pertama di Hong Kong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Projek di Hong Kong Tanda Langkah Strategik Pengembangan Syarikat dan Sokong Peralihan Hijau Greater Bay Area

HONG KONG, 13 Februari 2026 /PRNewswire/ — SKYWORTH Photovoltaic Technology Co., Ltd. ("SKYWORTH PV") berjaya menyiapkan dan menyerahkan projek fotovolta (PV) teragih atas bumbung berkapasiti 227kW di Len Shing Industrial Building, Hong Kong. Projek tersebut kini telah berjaya disambungkan ke grid dan mula beroperasi. Sebagai pemasangan PV teragih pertama SKYWORTH PV di pasaran Hong Kong, projek ini merupakan pencapaian penting dalam peluasan jejak Kejuruteraan, Perolehan dan Pembinaan (Engineering, Procurement and Construction, EPC) syarikat serta menyokong peralihan tenaga bersih di Greater Bay Area.


Projek dengan kapasiti keseluruhan 227kW ini dijangka menjana kira-kira 300,000 kWh tenaga elektrik bersih pada tahun pertama operasinya. Keseluruhan tenaga yang dijana akan disalurkan terus ke grid tempatan di bawah model tarif galakan penuh. Sistem ini menggunakan 386 unit modul Siri Kecekapan Tinggi SKYWORTH berkapasiti 590W dengan kadar kecekapan penukaran sehingga 23.03%. Ia disokong oleh jaminan produk selama 15 tahun dan jaminan output kuasa linear selama 30 tahun. Di bawah skim Tarif Galakan (FiT) kerajaan Hong Kong, stesen PV ini dijangka menjana HKD800,000 anggaran hasil tahunan daripada penjanaan elektrik.

Strategi Kerjasama Pacu Kejayaan Projek

Projek ini direalisasikan melalui kerjasama rapat dengan pemilik projek, Len Shing Group Limited, dan sokongan nasihat daripada The Asia Pacific Institute of Sustainability Governance (APESG). Hong Kong Productivity Council (Majlis Produktiviti Hong Kong – HKPC), perintis dalam Industri 4.0, turut memberikan sokongan melalui sumber teknikal dan wawasan yang berpandangan ke hadapan, yang menyumbang kepada pelaksanaan projek pada standard yang tinggi.

Dilaksanakan di bawah kontrak EPC skop penuh, SKYWORTH PV bertindak sebagai penyedia penyelesaian turnkey tunggal, mengawasi keseluruhan kitar hayat projek — daripada reka bentuk sistem awal dan perolehan peralatan hingga ke pembinaan, penyambungan ke grid dan pentauliahan. Pendekatan bersepadu ini memastikan ketekalan teknikal, kawalan kos yang berkesan dan penyerahan tepat pada masanya, sekali gus mengurus semua kerumitan bagi menyerahkan loji kuasa yang beroperasi sepenuhnya kepada pelanggan.

Encik Wang Xiaodong, Pengurus Besar Bahagian Bandar Pintar, Majlis Produktiviti Hong Kong, mengulas:
"Melalui projek PV atas bumbung yang dilaksanakan bersama SKYWORTH PV ini, pelanggan kami dapat memanfaatkan pemantauan pintar masa nyata untuk memperoleh keterlihatan penuh terhadap pengeluaran tenaga boleh diperbaharui di tapak. Ini bukan sahaja meningkatkan ketelusan pengurusan tenaga, malah mengurangkan kos pemeriksaan manual serta meningkatkan kecekapan operasi dan penyelenggaraan (O&M). Kes inovatif ini menyediakan laluan praktikal bagi bangunan dan kemudahan berkaitan untuk beralih kepada operasi rendah karbon dan pintar."

Kecemerlangan EPC: Menggerakkan Masa Depan Mampan

Projek Len Shing Industrial Building menjadi penanda aras bagi solar atas bumbung komersial dan perindustrian di Hong Kong, memperlihatkan daya maju praktikal dan manfaat ekonomi penjanaan teragih. Ia menyerlahkan bagaimana perkongsian EPC strategik dapat mempercepat penerimaan tenaga boleh diperbaharui dan menyokong Hong Kong dan Greater Bay Area dalam perjalanan ke arah masa depan mampan dan rendah karbon.

Berdasarkan pencapaian ini, SKYWORTH PV akan terus memperkukuh kehadirannya di pasaran Hong Kong dan lebih luas lagi, memanfaatkan model bersepadu "Jualan Produk + Perkhidmatan EPC + Sokongan O&M" untuk menyediakan penyelesaian profesional menyeluruh. Dengan operasi kini merangkumi 35 negara dan wilayah, serta penyelesaian teknikal yang diperakui oleh badan berwibawa seperti TÜV NORD, SKYWORTH PV berada pada kedudukan kukuh untuk membantu lebih ramai pelanggan mengatasi halangan pasaran, meningkatkan daya tahan tenaga dan mencapai matlamat pembangunan mampan jangka panjang.

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4887593_MS87593_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI