![]() |
Termasuk dua penerima anugerah baharu, keputusan luar biasa ini memantapkan kedudukan Sands China sebagai pengendali pusat peranginan bersepadu terkemuka yang mencapai kecemerlangan bertaraf dunia
MACAU, 12 Februari 2026 /PRNewswire/ — Sands China Ltd. meraikan pencapaian memecah rekod yang mentakrifkan semula penanda aras hospitaliti mewah dengan tujuh hotel menerima anugerah Lima-Bintang dalam Forbes Travel Guide 2026. Ia juga merupakan satu-satunya pengendali pusat peranginan bersepadu di Macau yang menambah dua hotel baharu ke dalam portfolionya: Paiza Grand The Londoner® Macao yang menerima penarafan yang menjadi rebutan pada tahun pertama operasinya dan juga The St. Regis Macao. Keputusan ini meletakkan Sands China dalam kedudukan kepimpinan tiada tandingan yang mempunyai hotel Lima-Bintang Forbes terbanyak di bawah satu bumbung, di seluruh dunia.
Pemenang anugerah Lima-Bintang Forbes Sands China bagi tahun 2026 ialah:
Hotel
- Paiza Grand di Londoner Grand (Anugerah sulung)
- Londoner Court (Tahun ke-4 berturut-turut)
- The Londoner Hotel (Tahun ke-4 berturut-turut)
- Paiza Lofts di The Parisian® Macao (Tahun ke-3 berturut-turut)
- The St. Regis Macao (Anugerah sulung)
- Four Seasons Hotel Macao (Tahun ke-13 berturut-turut)
- TheGrand Suites at Four Seasons (Tahun ke-5 berturut-turut)
Restoran
- The Huaiyang Garden di The Londoner Macao (Tahun ke-2 berturut-turut)
- Zi Yat Heen di Four Seasons Hotel Macao (Tahun ke-4 berturut-turut)
Spa
- The Spa at Four Seasons Hotel Macao (Tahun ke-7 berturut-turut)
Grant Chum, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sands China Ltd. berkata, "Kami berasa teruja diiktiraf dengan sejumlah sepuluh anugerah Lima-Bintang Forbes termasuk tujuh Hotel Lima-Bintang Forbes, satu pencapaian yang belum pernah terjadi sebelumnya untuk destinasi pusat peranginan bersepadu tunggal. Forbes Travel Guide ialah autoriti yang terkemuka di dunia dalam industri hospitaliti dan kami berbangga dengan pasukan kami atas pencapaian mereka. Diberi pengiktirafan dengan anugerah-anugerah berprestij ini dalam portfolio kami merupakan pencapaian yang penting buat Sands China dan mengesahkan komitmen kami dalam menetapkan standard industri tertinggi. Keputusan yang tiada tandingan ini menggambarkan dedikasi kami terhadap kecemerlangan dan juga cita-cita kami untuk terus mengangkat profil Macau di pentas pelancongan global."
Tane Picken, Ketua Pegawai Hospitaliti – Asia, Las Vegas Sands Corp. menambah, "Anugerah-anugerah ini membuktikan semangat, profesionalisme dan dedikasi ahli-ahli pasukan kami yang memberikan perkhidmatan dan pengalaman luar biasa kepada setiap tetamu. Kami melihat setiap penarafan Lima-Bintang sebagai satu penghormatan dan tanggungjawab, dan kamu juga tetap bertekad untuk tekal melangkaui jangkaan tetamu serta memberikan pengalaman Sands Lifestyle yang tiada tolok bandingnya."
Portfolio Lima-Bintang Sands yang Mempesonakan
Di bahagian atas Londoner Grand terletaknya Paiza Grand 313-suite, dengan tempat yang diserikan keanggunan British menanti tetamu yang paling arif, dilengkapi dengan Grand Butlers yang benar-benar terlatih. Tawarannya yang paling berharga ialah enam Hanover Suites. Dilimpahi cahaya semula jadi, suite dua bilik tidur yang mewah ini mempunyai suasana oasis peribadi dengan teres luar yang besar dan kolam renang. Forbes Travel Guide menonjolkan daya tarikan Paiza Grand kepada pelancong VIP dan keluarga, layanan peribadi serta kualiti rehat yang ditawarkan oleh suite yang amat luas.
Tawaran luar biasa yang lain termasuk Londoner Court, sebuah hotel 368-suite yang membolehkan tetamu menikmati pengalaman kediaman London yang sesuai untuk kerabat diraja, ditingkatkan dengan perkhidmatan pelayan tetamu khas peribadi; The Londoner Hotel, sebuah hotel 600-suite yang menampilkan interpretasi kontemporari terhadap reka bentuk klasik British; dan Paiza Lofts, dengan 208-suite gaya pangsapuri Paris, termasuk Versailles Suite tiga bilik tidur yang luas dan mewah.
Melengkapkan senarai penerima hotel Lima-Bintang Sands China bagi tahun 2026 ialah Four Seasons Hotel Macao, The Grand Suites at Four Seasons dan The St. Regis Macao, salah satu daripada hanya dua harta tanah St. Regis di Rantau Besar China yang diberi penarafan Lima-Bintang Forbes.
Turut melengkapkan barisan Lima-Bintang pada tahun ini ialah The Huaiyang Garden di The Londoner Macao yang menerima dua bintang Michelin, restoran Cina Four Seasons Zi Yat Heen dan The Spa at Four Seasons Hotel Macao.
Forbes Travel Guide merupakan satu-satunya sistem penarafan global bebas untuk hotel mewah, restoran dan spa; membuat penilaian berdasarkan sehingga 900 standard merentas kemudahan dan perkhidmatan, dengan komitmen terhadap kesejahteraan serta kelestarian turut menjadi faktor dalam penarafan akhir.
Kapsyen foto: Sands China Ltd. mempunyai banyak sebab untuk meraikan keputusan Forbes Travel Guide 2026. Ini termasuk: tujuh hotel memecah rekod yang menerima anugerah Lima-Bintang; hotel Lima-Bintang terbanyak di bawah satu bumbung, di seluruh dunia; dan satu-satunya pengendali pusat peranginan bersepadu di Macau yang menambah dua hotel Lima-Bintang baharu ke dalam portfolionya.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4886004_MS86004_6















