Trump tahan semua keputusan mengenai Iran, sedia beri peluang diplomasi - Duta AS

Trump kawal semua keputusan mengenai Iran, sedia beri peluang diplomasi – Duta AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Duta Amerika Syarikat ke NATO, Matt Whitaker berkata, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump secara peribadi mengawal semua keputusan berkaitan Iran sambil tetap bersedia mengejar penyelesaian secara damai melalui diplomasi.

“Presiden Trump memegang semua keputusan, tetapi beliau sedia memberi peluang sebenar kepada diplomasi untuk menyelesaikan perkara ini secara aman,” kata Whitaker kepada Fox News ketika rundingan nuklear secara tidak langsung di Geneva, Switzerland, selesai pada Selasa.

Duta itu menekankan pendirian tegas Washington, dengan berkata, Trump sangat jelas bahawa penyokong utama keganasan di dunia tidak boleh memiliki senjata nuklear atau kapasiti untuk membinanya.

Beliau menambah, ancaman tindakan ketenteraan selanjutnya tetap wujud dengan armada AS ditempatkan berhampiran rantau itu.

Washington meningkatkan kehadiran ketenteraan di rantau berkenaan, dengan menempatkan kumpulan serangan kapal induk USS Abraham Lincoln dan merancang untuk menghantar kapal induk USS Gerald R. Ford juga.

“Jika diplomasi tidak berhasil, seperti yang beliau katakan, hari itu akan menjadi hari yang sangat buruk untuk Iran,’” katanya.

Pusingan kedua rundingan nuklear secara tidak langsung antara Iran dan AS berakhir di Geneva pada Selasa, dengan kedua-dua pihak bertukar nota mengenai isu nuklear, undang-undang, dan ekonomi melalui pengantara Oman.

Kedua-dua delegasi bertemu secara berasingan dengan Menteri Luar Oman, Badr Albusaidi, di Kedutaan Oman sebelum berkomunikasi melalui pengantara.

Menurut Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, kedua-dua negara mencapai persetujuan umum mengenai satu set prinsip panduan yang akan menjadi asas bagi penyediaan teks perjanjian berpotensi selepas rundingan berakhir semalam.

Pusingan pertama rundingan diadakan di Muscat awal bulan ini, lebih lapan bulan selepas diplomasi ditangguhkan susulan perang Iran-Israel pada Jun tahun lalu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN