Pengambilalihan ini menggabungkan AI institusi dan pemprosesan data alternatif untuk menyampaikan penyelesaian kecerdasan kekayaan bersepadu sepenuhnya yang pertama dalam industri.
NEW YORK, 17 Februari 2026 /PRNewswire/ — BridgeWise, peneraju global dalam AI untuk kekayaan, pada hari ini mengumumkan pengambilalihan Context Analytics yang berpangkalan di Chicago, syarikat pemprosesan data alternatif dikuasakan AI yang terbaik, digunakan oleh firma kewangan tahap satu termasuk Risikan Pasaran Global S&P ( S&P Global Market Intelligence).
Dengan menggabungkan platform kecerdasan pelaburan gred institusi BridgeWise – yang telah disepadukan dalam institusi kewangan di seluruh Asia, Eropah dan Amerika Selatan – dengan kepakaran Context Analytics dalam pemprosesan data kewangan yang tidak berstruktur, syarikat yang disatukan itu kini menyediakan tahap kelengkapan analisis aset yang tersendiri dalam industri, menetapkan tahap untuk evolusi AI yang seterusnya bagi perkhidmatan kewangan. Tawaran gabungan tersebut menyampaikan penyelesaian lengkap, daripada pemprosesan data kepada analisis dan keterlibatan, dalam sistem bersepadu tunggal, mewujudkan infrastruktur kecerdasan natif kekayaan bersepadu secara menegak yang pertama di dunia.
Penanda Aras Baharu dalam AI untuk Kekayaan
BridgeWise telah lama menetapkan standard untuk saranan dan analisis AI pelbagai bahasa yang patuh dan merentasi lebih daripada 70,000 aset global. Dengan menyepadukan Context Analytics, yang menggunakan teknologi proprietari untuk mengubah berita, media sosial dan ribuan halaman pemfailan kompleks ke dalam bentuk angka, data yang boleh dibaca mesin dan skor sentimen yang tepat pada masanya, kini BridgeWise secara unik berupaya menyahkod spektrum penuh maklumat pasaran, menyediakan penyelesaian holistik untuk bank, broker, pengurus pelaburan dan penyedia perkhidmatan kewangan di pasaran modal.
Institusi kewangan telah semakin banyak mempersoalkan penggunaan model AI serba guna dalam pembuatan keputusan pelaburan berisiko tinggi, terutamanya apabila kebolehjelasan, kebolehauditan dan pengawasan diperlukan. Walaupun LLM generalis dan yang tersedia telah memperkenalkan AI kepada arus perdana, namun semua itu kekurangan ketelitian dan tadbir urus khusus domain yang diperlukan bagi persekitaran yang sangat dikawal selia. BridgeWise menyediakan satu-satunya alternatif natif AI yang telus sepenuhnya bagi industri kompleks dan dikawal selia yang tidak boleh bergantung pada model generik.
"Visi kami sentiasa untuk menyediakan kecerdasan kewangan paling teguh di dunia," kata Gaby Diamant, Ketua Pegawai Eksekutif BridgeWise. "Dengan bergabung tenaga bersama Context Analytics, kami telah mencipta kuasa besar yang menyeluruh untuk ekosistem kewangan global. Perkongsian ini membolehkan kami menyatukan keseluruhan perjalanan kecerdasan, daripada NLP proprietari yang menyahkod teks mentah dan sumber data dunia kepada keperluan kecerdasan pengguna akhir yang paling konkrit, mengekalkan aliran analisis AI yang patuh dan boleh dijelaskan. Ini menunjukkan evolusi asas dalam cara setiap institusi kewangan memanfaatkan kecerdasan dalam perkhidmatan pelanggan seharian. Dengan menggabungkan keupayaan ini, kami membuka standard baharu kecerdasan menyeluruh, disokong data dan patuh yang membolehkan setiap pelabur melihat pasaran dengan kebolehjelasan sepenuhnya."
"Menyertai BridgeWise membolehkan kami merealisasikan potensi sepenuhnya daripada usaha yang telah kami bina sejak 13 tahun yang lalu," kata Joe Gits, Ketua Pegawai Eksekutif Context Analytics. "Dengan menggabungkan keupayaan kami untuk menyahkod teks dan sentimen kewangan dunia yang tidak berstruktur menggunakan AI institusi BridgeWise, kami sedang mencipta enjin bersepadu secara menegak yang akhirnya merapatkan jurang antara maklumat mentah dan tindakan pintar."
Melihat Ke Hadapan: Membuka Masa Depan Kewangan yang Diperibadikan
Kecerdasan menyeluruh yang didayakan oleh teknologi bersama BridgeWise dan Context Analytics berfungsi sebagai pemangkin untuk melancarkan pAI, agen kekayaan AI rintisan BridgeWise, yang membina, menyemak dan mengoptimumkan portfolio individu dengan cara kebolehjelasan dan perbualan yang diperibadikan sepenuhnya. Dengan memasukkan data fideliti tinggi Context Analytics terus ke dalam enjin perancangan pAI, BridgeWise sedang mengubah cara institusi kewangan menyampaikan perjalanan pembinaan kekayaan yang diperibadikan pada skala yang besar.
pAI memperkasa institusi kewangan untuk menggantikan laluan pelaburan statik dengan perjalanan AI natif kekayaan yang mudah suai. Dengan memanfaatkan kecerdasan khusus menegak ini, bank, broker, dan platform dagangan dapat menyampaikan pengalaman pembinaan kekayaan yang tangkas dan hubungan yang kukuh kepada jutaan pengguna secara serentak, menawarkan suai tugas dan portfolio pada masa nyata yang disesuaikan secara automatik seiring dengan perkembangan pasaran dan keperluan pelabur. Walaupun institusi mendapat manfaat daripada penyelesaian boleh skala yang tidak menyusutkan sumber, pelanggan menikmati pengalaman yang benar-benar tersendiri.
Pengambilalihan Context Analytics mengukuhkan BridgeWise sebagai satu-satunya rakan kongsi yang berupaya menyampaikan pandangan 360 darjah pasaran melalui infrastruktur tunggal yang patuh, menetapkan rentak cara institusi kewangan terkemuka di dunia berinteraksi dengan data, teknologi dan pelanggan masing-masing.
Maklumat Tentang BridgeWise
BridgeWise ialah peneraju global dalam AI untuk kekayaan, mengubah cara pelabur dan institusi mengakses dan bertindak berdasarkan cerapan kewangan. Menggunakan AI yang patuh kawal selia dan telus untuk memperkasa analisis ekuiti dan dana, alatan berbilang bahasa dan juga sembang AI untuk pelaburan, BridgeWise menyediakan kecerdasan pelaburan yang dipercayai kepada lebih 50 pelanggan institusi dan 25 juta pengguna akhir merentasi lebih daripada 15 bahasa. Dengan pejabat di Jepun, Singapura, Amerika Syarikat, London, Brazil, Thailand, Israel dan Dubai, BridgeWise bekerjasama dengan institusi global terkemuka termasuk Japan Exchange Group, SIX, B3, eToro, TASE dan Rakuten Securities.
Maklumat Tentang Context Analytics
Context Analytics ialah syarikat analisis dipacu AI yang mengubah data tidak berstruktur kepada risikan pasaran yang boleh diambil tindakan untuk ahli profesional kewangan. Dengan menggunakan pemprosesan bahasa semula jadi dan model proprietari lanjutan, platform ini menyampaikan cerapan masa nyata dan sejarah daripada sumber seperti berita, pemfailan dan media sosial. Context Analytics membantu pelabur, pedagang dan institusi mendedahkan sentimen, mengenal pasti isyarat, menguruskan risiko dan menjana alfa ramalan, sambil mengekalkan ketelusan, kebolehskalaan dan pematuhan di seluruh pasaran global.
Hubungan Media
Jensen Matthews PR
Loredana Matei
[email protected]
+971 585850304
Foto – https://mma.prnewswire.com/media/2890880/BridgeWise_Context_Analytics.jpg
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4882523_MS82523_6











