Maldives Lancar Projek Tech4Nature Lindung Jerung Paus Ikonik - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Maldives Lancar Projek Tech4Nature Lindung Jerung Paus Ikonik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MALÉ, Maldives, 11 Februari 2026 /PRNewswire/ — Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN), Kementerian Pelancongan dan Alam Sekitar Republik Maldives dan Huawei melancarkan satu inisiatif baharu untuk memodenkan pengurusan Kawasan Perlindungan Marin Ari Selatan (SAMPA). Dengan menggunakan teknologi pemantauan lapangan asas dan alatan komunikasi masa nyata, projek Tech4Nature bermatlamat untuk melindungi populasi jerung paus yang ikonik sekali gus mengimbangi tekanan sosioekonomi bagi destinasi pelancongan bertaraf dunia.

Photo: © Ishan @seefromthesky from Unsplash
Photo: © Ishan @seefromthesky from Unsplash

Sebagai kawasan perlindungan marin yang terbesar di Maldives dan tapak pengumpulan untuk jerung paus (Rhinocondon typus) yang signifikan sepanjang tahun pada peringkat global, SAMPA menarik minat ribuan pengunjung pada setiap tahun. Kawasannya yang amat luas dan pelbagai titik capaian memberikan cabaran logistik yang ketara terhadap pendekatan pemantauan lazim. Projek Tech4Nature menangani jurang ini dengan menyediakan satu set peralatan pemerhatian dan pelaporan digital kepada renjer. 

Dengan memperkukuh pengumpulan dan komunikasi data di lapangan, alat-alat ini mengupayakan rondaan yang lebih cekap, memudahkan pengesanan interaksi spesies-pelancongan dan menyediakan kerangka pacuan data yang mantap untuk menyokong perjalanan SAMPA hingga disenaraikan dalam Senarai Hijau IUCN (IUCN Green List). Penaiktarafan penting dalam keupayaan di lapangan ini akan memastikan usaha pemuliharaan dapat diukur dan juga telus dan dalam masa yang sama menyokong mata pencarian penduduk tempatan yang bergantung pada ekosistem marin yang sihat.

Projek Maldives ini menyumbang kepada perkongsian Tech4Nature yang lebih luas, iaitu satu inisiatif global yang dilancarkan pada tahun 2020 dan dipimpin secara bersama oleh IUCN dan Huawei di bawah program rangkuman digital TECH4ALL Huawei. Selaras dengan Standard Kawasan Perlindungan dan Pemuliharaan Senarai Hijau IUCN, Tech4Nature memperlihatkan sejauh mana teknologi boleh memacu pemuliharaan yang berkesan dan saksama. Projek ini dilancarkan secara rasmi di upacara penutup peringkat tinggi Forum Kawasan Perlindungan dan Pemuliharaan Maldives 2026.

Sebagai inisiatif Tech4Nature yang pertama di Maldives, projek SAMPA menjadi sebahagian daripada usaha global yang lebih luas yang dipimpin secara bersama oleh IUCN dan Huawei bagi meningkatkan skala penggunaan penyelesaian digital dalam pemuliharaan alam semula jadi. Dalam SAMPA, projek ini bertujuan untuk memperkukuh keseimbangan antara pelancongan dan pemuliharaan dengan menambah baik pengurusan pelawat, meningkatkan pematuhan serta menyokong proses membuat keputusan berasaskan sains.

Sepanjang projek ini, pasukan renjer SAMPA yang berdedikasi akan dibekalkan dengan peralatan pemantauan dan komunikasi penting bagi memantapkan rondaan dan penguatkuasaan di tapak. Ini akan membolehkan renjer bertindak balas dengan segera terhadap aktiviti yang tidak selamat atau tidak mematuhi peraturan, meningkatkan keselamatan pengunjung dan mengurangkan interaksi yang berbahaya dengan jerung paus. Pemantauan yang dipertingkat juga akan meningkatkan pematuhan keseluruhan terhadap peraturan kawasan perlindungan dan menggalakkan amalan pelancongan lebih lestari yang sejajar dengan matlamat pengurusan dan pemuliharaan SAMPA.

"Pemuliharaan yang berkesan bermula dengan memperlengkap renjer dengan peralatan penting untuk pemantauan lapangan yang berterusan. Ini meletakkan asas yang diperlukan demi pengurusan dan tadbir urus ekosistem yang lebih baik. Ia merupakan langkah pertama yang pragmatik untuk merapatkan jurang operasi segera dan dalam masa yang sama menggunakan Standard Senarai Hijau IUCN bagi memastikan SAMPA mengekalkan biodiversitinya yang unik dan mata pencarian penduduk tempatan yang bergantung padanya," kata Dr Dindo Campilan, Pengarah Serantau IUCN untuk Asia dan Pengarah Hab untuk Oceania.

Selaras dengan pelaksanaan lapangan, projek ini akan menyokong latihan untuk renjer SAMPA mengikut Standard Senarai Hijau IUCN, iaitu penanda aras yang diiktiraf pada peringkat global untuk kawasan perlindungan dan pemuliharaan yang berkesan, saksama dan diurus dengan baik. Penilaian tapak Senarai Hijau asas akan dijalankan untuk SAMPA bagi menyediakan kerangka berstruktur untuk mengenal pasti kekuatan, jurang serta tindakan keutamaan demi pengurusan yang lebih baik.

"Kerajaan, seperti biasa, tetap komited untuk memajukan pemuliharaan dan memperkukuh mekanisme institusi dan tadbir urus bagi tujuan pengurusan kawasan perlindungan dan pemuliharaan. Menjadi hal yang penting untuk kita semua saling bekerjasama ke arah mencapai matlamat ini dengan visi bersama dan tanggungjawab yang digalas bersama," kata Thoriq Ibrahim, Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar.

"Seperti yang ditunjukkan oleh hasil kejayaan daripada projek-projek Tech4Nature sejak tahun 2020, penyelesaian teknologi yang inovatif dapat membantu memahami dengan lebih baik dan mengurangkan ancaman terhadap biodiversiti serta ekosistem yang didiaminya, termasuk ekosistem marin," kata Zhang Jinze, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Sri Lanka. "Di samping teknologi, pendekatan yang utama daripada perkongsian global Tech4Nature ialah penglibatan rakan kongsi dan masyarakat tempatan dalam perancangan serta pelaksanaan projek demi memastikan kelestarian penyelesaian."

Sehingga kini, inisiatif ini telahpun menyokong 11 projek andalan dan satelit merentas pelbagai negara di seluruh dunia, menyediakan penyelesaian digital tersuai untuk pelbagai cabaran pemuliharaan, bermula daripada pemantauan terumbu karang hinggalah perlindungan hidupan liar serta pemulihan ekosistem.

Latar belakang kami: 

Huawei: Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar. Ia menggaji kira-kira 208,000 pekerja dan beroperasi di lebih 170 negara dan wilayah, menawarkan perkhidmatan kepada lebih tiga bilion orang di seluruh dunia. Huawei komited untuk membawakan infrastruktur digital kepada setiap orang, rumah dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya.

IUCN ialah sebuah Kesatuan keahlian yang terdiri daripada organisasi-organisasi kerajaan dan juga masyarakat sivil. Ia memanfaatkan pengalaman, sumber dan jangkauan lebih daripada 1,500 organisasi Ahlinya dan input daripada lebih 17,000 pakar. IUCN ialah autoriti global bagi status dunia semula jadi dan langkah-langkah yang diperlukan untuk melindunginya.

Kementerian Pelancongan dan Alam Sekitar: Kementerian Pelancongan dan Alam Sekitar dimandatkan untuk menyelia pembentukan dan pelaksanaan dasar yang berkaitan dengan sektor pelancongan, alam sekitar, perubahan iklim, air dan sanitasi, pengurusan sisa, tenaga dan perubahan iklim. Agensi-agensi gabungan Kementerian ini termasuk Pihak Berkuasa Kawal Selia Alam Sekitar, Pihak Berkuasa Kawal Selia Utiliti, Perkhidmatan Meteorologi Maldives dan Pejabat Rizab Biosfera Baa Atoll.

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4884526_MS84526_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI