Lebih 100 Pemimpin Runcit Peringkat Tertinggi Akan Berucap di NRF 2026 APAC - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Lebih 100 Pemimpin Runcit Peringkat Tertinggi Akan Berucap di NRF 2026 APAC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA, 24 Februari 2026 /PRNewswire/ — National Retail Federation dan penganjur acara global Comexposium hari ini mendedahkan agenda persidangan penuh bagi NRF 2026: Retail’s Big Show Asia Pacific (NRF 2026 APAC), yang akan berlangsung dari 2 hingga 4 Jun 2026 di Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands.

Tema tahun ini, "Akan Datang Sekarang" (The Next Now), akan menampilkan lebih 100 sesi kandungan yang dirangka khas bagi melengkapkan peserta dengan wawasan terkini dan strategi sedia masa hadapan ketika transformasi runcit semakin pesat di seluruh APAC – pasaran pengguna paling pesat berkembang di dunia.

Lebih 100 pemimpin runcit peringkat tertinggi berkongsi pandangan

Persidangan tahun ini sekali lagi akan menghimpunkan salah satu pertemuan paling senior dalam industri runcit global. Pada 2025, seramai 113 penceramah merupakan eksekutif peringkat tertinggi, dan program 2026 dijangka lebih mantap.

Penceramah yang telah disahkan termasuk:

  • Scott Price, Ketua Eksekutif Kumpulan, DFI Retail Group
  • Koji Nakata, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Shiseido Japan
  • Steven Tan, Presiden, SM Supermalls
  • Samuel Kim, Penasihat Kanan, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Lotte Retail
  • Lee Young Ah, Ketua Pegawai Strategi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Olive Young
  • Carmen Chiu, Pengarah Urusan, Shanghai Tang
  • Ngai Yuen Low, Pengarah Urusan, AEON360
  • Shimakawa Motoi, Pegawai Eksekutif Urusan, Beverage Business Group, Nestle Japan
  • Jamie Lim, Ketua Pegawai Eksekutif, Scanteak
  • Sanveer Gill, Pengarah, Gill Capital (Thailand/APAC)

"Asia sedang membentuk semula rupa runcit moden, dan NRF 2026 APAC merupakan forum penting bagi perubahan tersebut," kata Scott Price, Ketua Eksekutif Kumpulan, DFI Retail Group. "Di DFI, kami menumpukan pada cara menggabungkan keperluan pelanggan, data dan teknologi untuk menghasilkan pengalaman yang lebih mudah dan lebih lancar di seluruh pasaran kami.  Kami menantikan peluang untuk berinteraksi dengan pemimpin serantau dan mempelajari cara mereka mentransformasikan jualan runcit untuk pelanggan dan komuniti masing-masing."

"Di Shiseido, kami melihat masa depan runcit sebagai dialog berterusan antara pemahaman manusia dan inovasi berani," kata Koji Nakata. "NRF 2026 APAC menjadi pemangkin untuk membayangkan semula cara kecantikan berhubung dengan pengguna. Kami berharap untuk membentuk bab seterusnya bagi jualan runcit dengan mencipta pengalaman imersif yang didorong matlamat, yang menjangkakan dan meningkatkan aspirasi pelanggan masa depan."

Idea terbesar yang membentuk runcit APAC diuji, dibuktikan dan dipamerkan di sini

Exhibitor Big Ideas merupakan ciri kandungan utama NRF 2026 APAC dan antara format paling tersendiri acara ini. Tidak seperti sesi tradisional yang diketuai vendor, pembentang tampil bersama rakan runcit yang telah menguji, melaksana dan mengesahkan penyelesaian mereka dalam persekitaran dunia sebenar.  Hasilnya ialah satu siri sesi dengan pandangan yang boleh dilaksana, yang menumpukan pada pengetahuan operasi dan refleksi jujur tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilaksanakan dan sebab-sebabnya.

Sebagai salah satu ciri pameran yang paling popular dalam dua edisi terdahulu, Exhibitor Big Ideas akan diperluas kepada empat pentas pada 2026. Program ini akan menampilkan hampir 60 sesi melibatkan jenama termasuk Google, Amazon Web Services dan Mastercard. Semua pemegang pas akan mempunyai akses ke sesi yang menjadi rebutan ini.

Peluang pembelajaran sepanjang acara tiga hari

Selain program persidangan penuh, NRF 2026 APAC akan menampilkan Ekspo dua tingkat dengan lebih 300 pempamer, mempamerkan penyelesaian dan teknologi runcit terkini dari seluruh industri. Semua hadirin juga boleh mengunjungi Pameran Penginovasi, zon yang disusun khas untuk menonjolkan penginovasi global yang cemerlang, dipilih melalui proses pemilihan yang ketat.

Pengalaman acara akan diperkaya lagi dengan barisan format pembelajaran dan perangkaian yang disusun khas, termasuk Jelajah Ekspo (Expo Tours) dan Jelajah Kedai Jualan (Retail Store Tours) dalam bahasa Inggeris, Jepun dan Cina, serta sesi jamuan makan tengahari eksklusif dengan perbincangan mendalam tentang cabaran khusus jualan runcit.

Daftar awal untuk penjimatan hebat dan manfaat tambahan

Dari sekarang hingga 31 Mac, peruncit boleh menikmati penjimatan sehingga US$750 untuk Pas Semua Akses. Pendaftar awal menerima akses yang dipertingkat serta manfaat eksklusif termasuk rebat perjalanan US$200, pas lawatan runcit percuma bernilai US$200 dan jemputan ke sesi pertemuan dan perkenalan dengan penceramah terpilih, serta manfaat-manfaat yang lain.  Tawaran ini adalah dalam kuantiti terhad untuk siapa cepat, dia dapat. Tertakluk kepada terma dan syarat: https://nrfbigshowapac.nrf.com/promotions.

Latar Belakang NRF 2026: Retail’s Big Show Asia Pacific

Acara runcit terpenting di Asia Pasifik akan berlangsung di Singapura dari 2 hingga 4 Jun 2026. Edisi Asia Pasifik menghimpunkan pemimpin industri runcit dari seluruh wilayah untuk bekerjasama di pentas Pan Asia Pasifik, tempat pasaran paling pantas berkembang di dunia.  Para profesional runcit boleh memperoleh inspirasi daripada pemimpin runcit terkemuka sepanjang persidangan tiga hari, Ekspo yang merangkumi semua aspek yang menampilkan penyelesaian runcit terkini, serta mengalami inovasi terkini dan teknologi cemerlang yang tersedia dalam pasaran.

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4891314_MS91314_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI