Konflik Asia Barat: Umat Islam dinasihat tangguh perjalanan umrah - Utusan Malaysia

Konflik Asia Barat: Umat Islam dinasihat tangguh perjalanan umrah

AHMAD FAUWAZ FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Umat Islam dinasihatkan supaya menangguhkan perjalanan mereka ke kawasan yang berpotensi terjejas akibat peperangan di Asia Barat yang melibatkan Iran dan Amerika Syarikat (AS).

Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil berkata, langkah itu adalah selari dengan prinsip syariah dalam menjaga nyawa (hifz al-nafs) sekiranya keadaan keselamatan didapati tidak terjamin.

Beliau berkata, setiap keputusan yang diambil oleh pemerintah atau pihak berkuasa hendaklah berpaksikan kepada kepentingan serta kesejahteraan masyarakat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Justeru, sekiranya pihak berkuasa memutuskan perjalanan ke Tanah Suci masih berada dalam keadaan selamat dan terkawal maka umat Islam boleh meneruskan ibadah umrah atau haji seperti biasa.

“Sebaliknya, sekiranya keadaan keselamatan didapati tidak terjamin maka penangguhan oerhalanan itu adalah satu langkah yang selari dengan prinsip syariah dalam menjaga nyawa,” katanya menerusi hantaran di laman sesawang Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, Ahmad Fauwaz turut menyeru umat Islam di negara ini supaya sentiasa peka dan merujuk kepada maklumat rasmi daripada pihak berautoriti.

Beliau berkata, Kementerian Luar yang bertanggungjawab memantau perkembangan keselamatan antarabangsa serta mengeluarkan nasihat perjalanan kepada rakyat Malaysia.

“Penilaian semula terhadap syarat istita’ah (kemampuan) yang merangkumi jaminan keselamatan nyawa dan harta benda kini menjadi keperluan mendesak, susulan ketegangan konflik antara AS-Israel dengan Iran.

“Justeru, sekiranya keadaan perjalanan tidak lagi selamat atau terdapat ancaman yang boleh memudaratkan nyawa maka syarat kemampuan bagi menunaikan ibadah itu dianggap tidak sempurna,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini