![]() |
Platform pengambilan pekerja global kitaran hayat penuh kini merekrut, menggaji dan menggabungkan pekerja merentas lebih 150 negara.
NEW YORK, 9 Februari 2026 /PRNewswire/ — Horizons, Majikan Rekod (Employer of Record) global, mengumumkan pada hari ini penjenamaan semula sebagai Remote People
Penjenamaan semula ini menggambarkan evolusi yang dialami oleh syarikat daripada penyedia Majikan Rekod kepada platform pengambilan pekerja dan pengembangan kitaran hayat penuh. Remote People merekrut bakat, menggaji mereka dengan mematuhi peraturan dan menyokong penggabungan entiti merentas 150 negara.
"Horizons ialah nama yang tepat untuk detik permulaan kami. Remote People pula ialah nama yang tepat untuk hala tuju kami," kata Antoine Boquen, Ketua Pegawai Eksekutif Remote People. "Kami bukan lagi sekadar EOR. Kami memastikan pengalaman pengambilan pekerja dan pengembangan secara sepenuhnya, bermula daripada perekrutan hinggalah pengambilan pekerja yang mematuhi peraturan dan penggabungan. Nama itu sendiri menggambarkan dengan tepat apa yang kami lakukan — kamilah pihak di sebalik tenaga kerja jarak jauh anda."
Rakan Kongsi Tunggal daripada Pengambilan Pekerja Pertama kepada Kehadiran Tempatan
Kini, Remote People menyediakan perkhidmatan Majikan Rekod seiring bersama pengambilan pekerja dalaman, pengurusan kontraktor, PEO AS, mobiliti global dan khidmat nasihat penggabungan entiti.
Mendatangkan keuntungan sejak tahun 2020, syarikat ini berkembang secara berterusan dan tidak disokong oleh modal teroka. Fokusnya adalah pada infrastruktur serta sokongan insan yang berdedikasi dan bukannya pembangunan jualan dan juga pemasaran.
"Kami melabur dalam pematuhan, bukan papan iklan," seperti yang dinyatakan secara ringkas oleh Boquen.
Berdasarkan Angka
Sebanyak lebih 3,000 syarikat mendapat perkhidmatan merentas lebih 150 negara. Menduduki kedudukan #1 di G2 bagi Kemudahan Penggunaan, Sokongan Terbaik dan Memenuhi Keperluan Terbaik. Pengekalan pelanggan tahunan mencapai 97%.
Apa Ertinya Hal Ini untuk Pelanggan
Pelanggan Horizons sedia ada akan dapat mengalami peralihan yang lancar. Semua kontrak, perkhidmatan dan hubungan akaun kekal tidak berubah. Penjenamaan baharu ini akan diperkenalkan melalui platform, komunikasi dan invois dalam beberapa minggu akan datang.
Jenama Remote People kini beroperasi hari ini melalui remotepeople.com. Syarikat-syarikat boleh menjadualkan rundingan melalui remotepeople.com/contact/ dan pelanggan sedia ada boleh melog masuk untuk menikmati pengalaman yang dikemas kini.
Latar Belakang Remote People
Remote People (dahulunya Horizons) ialah platform pekerjaan global kitaran hayat penuh yang dibina untuk merekrut, menggaji dan menggabungkan pekerja. Beribu pejabat di New York, syarikat ini beroperasi merentas lebih 150 negara dengan sokongan insan yang berdedikasi.
Dipercayai oleh lebih 3,000 syarikat dan menduduki kedudukan #1 di G2 bagi Kemudahan Penggunaan, Sokongan Terbaik dan Memenuhi Keperluan Terbaik. Perkhidmatan peringkat perusahaan. Bernilai untuk pertumbuhan.
Ketahui lebih lanjut melalui remotepeople.com.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4882571_MS82571_6











