Hisense Dinamakan Kilang Customer Centricity Lighthouse Pertama di Dunia dalam Industri TV oleh Forum Ekonomi Dunia - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Hisense Dinamakan Kilang Customer Centricity Lighthouse Pertama di Dunia dalam Industri TV oleh Forum Ekonomi Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

QINGDAO, China  , 4 Februari 2026 /PRNewswire/ — Hisense, iaitu jenama yang terkemuka bagi barangan elektronik pengguna dan peralatan rumah global, mengumumkan bahawa Hisense Visual Technology Qingdao Factory telahpun diiktiraf oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) sebagai Customer Centricity Lighthouse, lantas menjadi kilang Lighthouse yang pertama dan satu-satunya dalam industri televisyen global.


Designasi ini diumumkan sebagai sebahagian daripada Global Lighthouse Network WEF yang mengiktiraf tapak-tapak industri yang mengaplikasikan teknologi digital yang canggih bagi meningkatkan nilai pelanggan, kepantasan dibawa ke pasaran dan prestasi operasi.

Beroperasi dalam pasaran TV global yang matang dan amat kompetitif, Hisense Visual Technology Qingdao Factory berdepan dengan permintaan pengguna yang berubah pantas dan juga tekanan kos yang semakin meningkat. Sebagai respons, tapak ini mengalami transformasi digital yang komprehensif yang menerapkan kecerdasan buatan, data raya, simulasi industri dan realiti maya (VR) berskala besar dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembuatan produk baharu.

Hasilnya, kilang ini mencapai Skor Promoter Bersih (NPS) sebanyak 84%, mengurangkan kitaran R&D sebanyak 34%, menurunkan kos bahan sebanyak 18% dan memendekkan masa latihan pekerja baharu sebanyak 60%. Kitaran yang bermula daripada memenuhi keperluan pelanggan hinggalah menterjemahkannya kepada fungsi produk dapat dikurangkan sebanyak 62%, manakala kecekapan pengeluaran untuk TV 85-inci bertambah baik kepada kitaran pembuatan 20-saat.

"Di Hisense, pembuatan pintar bermula dengan keperluan pengguna," kata Dennys Li, Presiden di Hisense Visual Technology Co., Ltd. "Dengan membina sistem pembuatan berpusatkan manusia, kami menterjemahkan pandangan pelanggan kepada nilai produk sebenar dengan kelajuan dan ketepatan yang lebih tinggi."

Ini merupakan designasi Lighthouse ketiga Hisense dalam WEF Global Lighthouse Network. Sebelum ini, kilang Huangdao Hisense Hitachi diiktiraf sebagai Sustainability Lighthouse yang pertama di dunia dalam sektor VRF dan satu-satunya kilang dwi-Lighthouse dalam industri ini, lalu menonjolkan kepimpinan Hisense dalam pembuatan lestari berdaya AI.

Designasi Customer Centricity Lighthouse menjadi suatu pencapaian penting dalam transformasi digital berpusatkan manusia dan strategi pembuatan pintar Hisense.

Latar Belakang Hisense 

Hisense, ditubuhkan pada tahun 1969, ialah peneraju yang diiktiraf pada peringkat global bagi peralatan rumah dan barangan elektronik pengguna dengan operasi di lebih 160 negara, mengkhusus dalam menyampaikan produk multimedia berkualiti tinggi, peralatan rumah dan penyelesaian IT pintar. Menurut Omdia, Hisense menduduki kedudukan No. 1 pada peringkat global dalam segmen TV 100-inci dan lebih (2023- S3 2025). Sebagai The Origin of RGB MiniLED, Hisense terus mendahului inovasi RGB MiniLED generasi akan datang. Sebagai penaja rasmi FIFA World Cup 2026TM, Hisense komited terhadap perkongsian sukan global sebagai cara untuk berhubung dengan penonton di seluruh dunia.

 

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4876196_MS76196_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI