![]() |
NEW YORK dan NOIDA, India, 11 Februari 2026 /PRNewswire/ — HCLTech, (NSE: HCLTECH) (BSE: HCLTECH) syarikat teknologi global yang terkemuka, telah terpilih untuk dimasukkan ke dalam senarai Syarikat Paling Dikagumi di Dunia 2026 majalah Fortune, bertujuan mengiktiraf prestasi yang konsisten, inovasi dipacu teknologi dan komitmen terhadap penciptaan nilai jangka panjang untuk pelanggan, pekerja dan pihak berkepentingan.
"Pengiktirafan ini menunjukkan kepercayaan yang diperoleh oleh warga kerja kami setiap hari daripada pelanggan dan rakan kongsi," kata C. Vijayakumar, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan HCLTech. "Ini menegaskan kekuatan tujuan kami– menghimpunkan teknologi dan warga kerja kami yang terbaik. Sejajar dengan landskap teknologi yang berkembang, kami tetap memberikan tumpuan kepada menyampaikan hasil bermakna dan dipacu AI sambil mewujudkan impak positif untuk pelanggan, warga kerja dan komuniti kami, serta planet ini."
"Fortune berbangga untuk meraikan syarikat dalam senarai Syarikat Paling Dikagumi di Dunia pada tahun ini; majalah berkenaan telah menetapkan standard untuk inovasi sebenar, kepimpinan yang berdaya tahan dan impak global," kata Alyson Shontell, Ketua Editor dan Ketua Pegawai Kandungan Majalah Fortune. "Semasa teknologi yang pesat membangun seperti AI mengubah seluruh industri, organisasi ini menonjol disebabkan oleh keupayaan masing-masing untuk berkembang dengan tujuan dan pandangan jauh, secara konsisten membentuk laluan ke hadapan untuk perniagaan global dan masa depan cara kita bekerja dan memimpin."
Senarai tahunan ini berdasarkan tinjauan terhadap lebih daripada 3,000 eksekutif, ahli lembaga pengarah dan penganalisis, menilai syarikat merentasi sembilan parameter utama, termasuk kualiti pengurusan, inovasi, daya saing global, tarikan bakat dan tanggungjawab sosial. HCLTech diiktiraf sebagai syarikat yang Paling Dikagumi dalam perkhidmatan IT, menunjukkan penilaian tinggi yang diterima daripada pelanggan dan rakan kongsi industri.
Maklumat Tentang HCLTech
HCLTech ialah syarikat teknologi global dengan lebih daripada 226,300 tenaga kerja merentasi 60 negara, menyediakan keupayaan terkemuka industri yang tertumpu kepada AI, digital, kejuruteraan, awan dan perisian, dikuasakan oleh portfolio perkhidmatan dan produk teknologi yang luas. Kami bekerjasama dengan pelanggan merentasi semua industri utama, menyediakan penyelesaian industri untuk Perkhidmatan Kewangan, Pembuatan, Sains Hayat dan Penjagaan Kesihatan, Teknologi Tinggi, Semikonduktor, Telekomunikasi dan Media, Peruncitan dan CPG, Mobiliti dan Perkhidmatan Awam. Jumlah hasil terkumpul bagi tempoh 12 bulan yang berakhir pada Disember 2024 ialah sebanyak $14.5 bilion.
Untuk mengetahui cara kami boleh mempercepat kemajuan anda, sila kunjungi hcltech.com.
Untuk butiran lanjut, sila hubungi:
Meredith Bucaro, Americas
[email protected]
Elka Ghudial, EMEA
[email protected]
James Galvin, APAC
[email protected]
Nitin Shukla, India
[email protected]
Logo: https://mma.prnewswire.com/media/2648325/HCLTech_Logo.jpg
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4882550_MS82550_6











