![]() |
SINGAPURA, 7 Februari 2026 /PRNewswire/ — Jenama penyelesaian minuman bertaraf global DaVinci Gourmet dengan bangganya menjadi Penaja Perdana bagi The World’s 100 Best Coffee Shops 2026. Pemeringkatan global yang berprestij ini akan diperkenalkan secara rasmi pada 16 Februari semasa berlangsungnya CoffeeFest Madrid, festival kopi istimewa yang terkemuka di Eropah.

The event recognises the most inspiring coffee shops worldwide, evaluated by experts and voted by coffee lovers.
Sebagai Penaja Perdana, DaVinci Gourmet, iaitu jenama di bawah Kerry Group, menjadikan daya kreativiti, mutu kepakaran dan inovasi berpandukan barista sebagai teras bagi penanda aras yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa ini, seterusnya memperteguh komitmennya dalam menyokong komuniti kopi global serta meraikan kecemerlangan dalam budaya kafe di seluruh dunia.
Edisi 2026 mencerminkan penilaian global yang teliti, menaksir lebih daripada 15,000 kedai kopi dari seluruh dunia. Pemeringkatan akhir mengikuti metodologi mantap yang menggabungkan kepakaran daripada lebih 800 ahli profesional industri dengan 350,000 undian awam, lalu menjadikannya titik rujukan yang utama untuk sektor kopi istimewa.
"Perkongsian kami bersama The World’s 100 Best Coffee Shops meraikan daya kreativiti, mutu kepakaran dan keghairahan dalam dunia kopi," kata Eloise Dubuisson, Pengurus Besar, Jenama Perkhidmatan Makanan, Kerry Asia Pasifik, Timur Tengah & Afrika. "Sebagai jenama penyelesaian minuman global yang memperjuangkan budaya kafe serta komuniti kopi, DaVinci Gourmet berbangga dapat menyokong inisiatif yang mengiktiraf kedai-kedai kopi yang paling memberi inspirasi di seluruh dunia yang dinilai oleh pakar dan diundi oleh pencinta kopi."
Pemeringkatan Global Menggambarkan Kemunculan Kopi Berkualiti
Senarai bagi tahun 2026 mengetengahkan kedai kopi yang baru muncul dan juga kedai kopi yang sudahpun bertapak kukuh di seluruh Amerika Syarikat, Australia, Colombia, Peru, China, Filipina, Malaysia, Mexico, Korea, UAE, Chile dan Sepanyol, seterusnya menonjolkan kekuatan dan kepelbagaian gerakan kopi global yang didorong oleh kualiti, inovasi serta pertukaran budaya.
"Pemeringkatan ini lebih daripada sekadar senarai kedai kopi yang luar biasa; ia merupakan gambaran ringkas berhubung detik budaya, kreatif dan profesional yang dialami oleh kopi di seluruh dunia," kata César Ramírez, Ketua Pegawai Eksekutif The World’s 100 Best Coffee Shops with DaVinci Gourmet.
Proses Penilaian yang Ketat
Kedai-kedai kopi terpilih menonjol bukan sahaja kerana kopi yang luar biasa, tetapi kerana memberikan pengalaman yang tersendiri, holistik dan tekal berkualiti tinggi. Bagi memastikan hasil yang adil, konsisten dan berperwakilan, pemeringkatan ini bergantung pada juri antarabangsa yang terdiri daripada golongan profesional daripada sektor kopi, gastronomi serta hospitaliti. Proses penilaian menggabungkan penilaian pakar yang berwajaran 70 peratus dan juga undian awam yang berwajaran 30 peratus.
Semua kedai kopi dinilai menggunakan standard global seragam yang mencakupi kualiti kopi, kepakaran barista, kelestarian, perkhidmatan, suasana, kualiti makanan, inovasi dan juga konsistensi. Penilaian serantau dipimpin oleh tokoh-tokoh industri yang disegani di kesemua wilayah kopi utama di seluruh dunia.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4882533_MS82533_6











