WASHINGTON, 13 Februari 2026 /PRNewswire/ — CGTN America & CCTV UN melancarkan dengan CMG Mempersembahkan "Prasembah untuk Gala Pesta Musim Bunga (Prelude to the Spring Festival Gala)" di New York City, bagi Meraikan Tahun Kuda
China Media Group mempersembahkan "Prasembah untuk Gala Pesta Musim Bunga (Prelude to the Spring Festival Gala)" di New York City, menandakan ketibaan Tahun Kuda yang membawa kegembiraan dengan malam perayaan kebudayaan, inovasi dan perpaduan global.
Kini dalam tahun ketiga berturut-turut, perayaan utama "Prasembah untuk Gala Pesta Musim Bunga (Prelude to the Spring Festival Gala)", yang berlangsung pada hari Jumaat, 13 Februari, di Midtown Manhattan, akan mengalu-alukan tetamu terhormat yang mewakili negara China, Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, menyampaikan mesej tulus ikhlas yang menggalakkan pertukaran budaya, kerjasama antarabangsa dan perpaduan global.
Tahun Kuda bermula pada 17 Februari. Menonton Gala Pesta Musim Bunga CMG pada malam Tahun Baharu Cina telah menjadi tradisi bagi masyarakat Cina. Perayaan ini berfungsi sebagai simbol kebudayaan bagi dunia untuk meneroka dan memahami negara China.
Acara "Prasembah untuk Gala Pesta Musim Bunga (Prelude to the Spring Festival Gala)" di NYC akan berkongsi semangat yang sama dan menampilkan persembahan dinamik, memperagakan sambutan secara tradisi dan moden. Aksi Tarian Naga akan bermula pada waktu malam dan kemudian pemuzik serta penghibur akan muncul di pentas untuk menyanyi dan menari bagi meraikan kepelbagaian dan keharmonian.
Peserta akan berpeluang menikmati pertunjukan silap mata yang unik oleh artis terkenal dengan ilusi yang dilakukan secara besar-besaran dan pengalaman yang mengasyikkan. Pertunjukan itu akan merangkumi interaksi dengan penonton dan robot yang boleh bercakap.
Semasa perayaan itu juga, akan ada persembahan karya AI yang luar biasa daripada seruan penyerahan karya visual AI global "Masa Depan Kemanusiaan yang Cerah (Bright Future of Humanity)", yang dilancarkan pada bulang Ogos yang lalu, mengundang karyawan muda untuk menggunakan AI bagi tujuan penceritaan positif dan berorientasikan masa depan.
Satu daripada aksi terakhir ialah persembahan demonstrasi Tai Chi dan seni mempertahankan diri yang menakjubkan, serta malam tersebut akan ditutup dengan muzik dan pertunjukan fesyen menampilkan reka bentuk yang diinspirasikan oleh tradisi dan teknologi.
"Gala Pesta Musim Bunga" 2026 akan berjaya menunjukkan semangat pertukaran budaya dan saling menghormati, memperkukuh kepentingan tradisi bersama dalam komuniti global.
(Bahan ini diedarkan oleh MediaLinks TV, LLC bagi pihak CCTV. Maklumat tambahan boleh didapati di Jabatan Keadilan, Washington, D.C.)
Butiran Hubungan: Jose
[email protected]
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4887100_MS87100_6










