Blokees Pamer Portfolio Produk Pelbagai di Toy Fair New York 2026 - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Blokees Pamer Portfolio Produk Pelbagai di Toy Fair New York 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI, 16 Februari 2026 /PRNewswire/ — Mulai 14 hingga 17 Februari, jenama Mainan Watak Pasang, Blokees membuat kemunculan di Toy Fair New York 2026 dengan mempersembahkan portfolio produk yang pelbagai kepada pengguna global.


Di pameran ini, Blokees memperkenalkan dua kategori utama — Blokees Model Kits dan Blokees Wheels — yang menampilkan lebih 270 produk merangkumi lebih 10 barisan produk teras, termasuk HERO5, HERO10, Champion, Legend, TERRAVENTURE dan DaaLaMode. Pameran ini meliputi hampir 20 IP terkenal di dunia, seperti Transformers, EVANGELION, Mega Man, Saint Seiya, Hatsune Miku dan Jurassic World sekali gus memperlihatkan matriks produk jenama yang pelbagai.

Reruai Blokees dengan pantas menjadi tumpuan utama pameran, menarik perhatian khalayak ramai menerusi kepelbagaian produknya. Siri Blokees Wheels yang popular, termasuk produk-produk daripada Transformers dan Ultraman, dipamerkan bersama dan menarik minat sejumlah besar pemain.

Dalam kategori Model Kits, Blokees menampilkan siri HERO5 dan HERO10 dengan membawakan IP klasik seperti Transformers, Saint Seiya dan Naruto. Tiga watak khususnya daripada Blokees Saint Seiya Galaxy Version Series 04: Gold Zodiac ② — Andromeda Shun, Pegasus Seiya dan Phoenix Ikki —membuat penampilan sulung mereka kepada umum.

Blokees turut mengetengahkan siri Champion dan siri Legend yang merangkumi IP termasuk Mega Man, Saint Seiya, EVANGELION dan Naruto. Menyasarkan pengguna wanita, siri DaaLaMode mempersembahkan IP yang popular seperti Hatsune Miku dan The Powerpuff Girls. Sementara itu, siri TERRAVENTURE mempamerkan kit model bertemakan alam semula jadi dan makhluk dengan menampilkan Jurassic World, lantas mencerminkan keupayaan Blokees dalam memenuhi keperluan pengguna merentasi semua peringkat usia.

Blokees sekali lagi mempersembahkan karya BFC yang luar biasa di Toy Fair New York. Lima belas hasil ciptaan yang terpilih dipamerkan termasuk karya BFC dari di A.S. yang memberi nafas baharu Megatron daripada Transformers: Dark of the Moon melalui teknik cat berkesan lusuh, jubah tersuai dan rantai, sekali gus memukau pengunjung di tapak pameran.

Sejak tahun 2024, Blokees terus muncul di pameran-pameran mainan utama di seluruh dunia, memperlihatkan keupayaan inovasi produknya dan pengaruh global yang kian berkembang. Memandang ke hadapan, Blokees akan terus memanfaatkan kekuatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta sistem produknya yang inovatif bagi menawarkan lebih banyak pilihan produk dan pengalaman yang dipertingkat kepada pengguna di seluruh dunia.

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4888569_MS88569_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI