- Memperkasakan perniagaan-perniagaan ASEAN dan global untuk mencapai keputusan berasaskan data, sambil memastikan privasi dan kepatuhan data peribadi.
KUALA LUMPUR, Malaysia, 10 Februari 2026 /PRNewswire/ — Athenatech AI Sdn Berhad (Athenatech.ai), salah satu daripada sepuluh syarikat rintisan Kecerdasan Buatan (AI) yang perlu diberi perhatian di Malaysia, telah melancarkan anak syarikat AxxonAI , sebuah platform kecerdasan data sintetik berasaskan Model Bahasa Raya Besar (LLM). Ini menjadikan Athenatech.ai syarikat Malaysia pertama untuk menawarkan keupayaan sedemikian untuk menangani cabaran kekurangan data dan kekangan privasi yang semakin meningkat yang dihadapi oleh perniagaan-perniagaan serantau ASEAN.
MENYOKONG AGENDA AI MALAYSIA
Sejajar dengan aspirasi Malaysia ke arah Negara AI 2030, berdasarkan Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026 – 2030, Athenatech.ai dan AxxonAI telah menyelaraskan usaha inovasi mereka dengan keutamaan negara yang dinyatakan oleh Pejabat AI Kebangsaan (NAIO).
Melalui penubuhan sebuah Pusat Penyampaian Global (GDC) yang tertumpu kepada latihan AI, data sintetik dan pandangan AI generatif (GenAI), inisiatif ini bertujuan untuk memberikan impak yang boleh diukur merentasi sektor-sektor utama, sambil menyokong cita-cita Malaysia untuk memperkukuhkan ekosistem AI dan secara progresif meletakkan negara sebagai hab AI yang dipercayai dan berdaya saing dalam ASEAN.
AxxonAI juga baru-baru ini telah diberikan status Digital Malaysia sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyokong dan membangunkan pertumbuhan Malaysia sebagai hab AI ASEAN untuk pasaran global.
AXXONAI: PLATFORM YANG UNIK
Direka untuk meniru corak data dunia sebenar dengan ketepatan yang menakjubkan, teknologi ini membolehkan organisasi-organisasi merentasi industri untuk membina penyelesaian berasaskan AI yang berimpak, berkesan dan beretika sambil menyokong pertumbuhan, inovasi dan proses-proses membuat keputusan yang lebih baik. AxxonAI ialah platform AI generatif yang berdasarkan privasi dengan platform kecerdasan kognitif data sintetik pelbagai peringkat, yang direka untuk aplikasi kecerdasan buatan peringkat perusahaan di rantau ASEAN dan seterusnya.
AxxonAI menjana data sintetik menggunakan Generative Adversarial Networks (GAN), Retrieval-augmented generation (RAG) dan LLM. Ini membolehkan ia untuk mencipta set data yang selamat untuk privasi dan hampir serupa untuk industri-industri yang menggunakan data dunia sebenar. AxxonAI kini boleh mencipta set data yang disesuaikan dengan pasaran tempatan, mengiktiraf corak-corak data yang unik, yang mengikuti keperluan piawaian dan objektif-objektif perniagaan.
Ciri tambahan platform AxxonAI ialah penyahgandingan data dan penalaan halus, yang merupakan konsep-konsep penting dalam pembelajaran mesin dan kejuruteraan data. Ia memisahkan atau mengasingkan aspek berbeza penjanaan data sintetik untuk meningkatkan kawalan, kualiti dan utiliti. Penalaan halus melibatkan penyesuaian model pra-terlatih menggunakan set data yang dijana secara buatan. Ini menjadi kelebihan untuk segmentation dan hyper-personalisation dalam konteks pengguna BANI.
Sonny (Soumitra) Dey, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Athenatech.ai dan AxxonAI, menekankan, "AI harus berkuasa dan berprinsip. Enjin GenAI sintetik kami, AxxonAI, membuktikan bahawa perniagaan tidak perlu memilih antara inovasi dan privasi. Teknologi ini memperkasa perusahaan untuk mencapai pertumbuhan sebenar sambil mengekalkan piawaian etika dan keselamatan data yang tinggi. AxxonAI dibina khusus untuk memenuhi keperluan perniagaan di Asia dan rantau ASEAN. Penyetempatan dan LLM yang diperibadikan dengan tumpuan kepada ASEAN membezakan kami dalam pasaran. Kami berhasrat untuk membolehkan rakan kongsi kami membuat keputusan perniagaan yang optimum, disokong oleh data dunia sebenar yang andal. Pada masa yang terdekat, kami akan bekerjasama dengan pelbagai syarikat pada versi berbeza AxxonAI kami yang disepadukan dengan Fungsi Agentik."
FOKUS TEMPATAN, JANGKAUAN GLOBAL
Pada masa ini, perusahaan- perusahaan dan syarikat- syarikat di ASEAN kekurangan data setempat dan serantau[1] yang tersedia dan distrukturkan dalam format yang sesuai untuk melatih model AI secara berkesan untuk pasaran serantau. Penyelesaian data AI sedia ada kekurangan penyesuaian serantau dan kosnya sangat tinggi untuk perniagaan, terutamanya untuk PKS menerima pakai sepenuhnya. Walaupun ada model-model umum, set-set data di dalam model ini mencerminkan pasaran global dan bukan pasaran serantau.
Kos penggunaan set data global juga lebih tinggi, kerana ia merangkumi semua data yang tersedia dan tidak diadaptasikan untuk keperluan rantau ini. Akibatnya, hasil yang diberikan kepada pelanggan mungkin tidak begitu tepat atau sejajar dengan pasaran tempatan. Tambahan pula, peraturan privasi yang ketat di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010/Peraturan Perlindungan Data Umum (PDPA/GDPR) mengehadkan keupayaan syarikat-syarikat untuk menggunakan data pelanggan dunia sebenar untuk latihan dan pembangunan AI.
AxxonAI direka bentuk untuk membantu membuka potensi penuh perniagaan[2] sambil memastikan privasi data terjamin dan mengurangkan risiko piawaian dilanggar. Apa yang menonjolkan AxxonAI ialah fokus untuk ASEAN dan penggunaan LLM setempat yang direka bentuk untuk bahasa dan amalan perniagaan serantau, disokong oleh fungsi ‘Quality Score’ yang terbina-dalam platform ini. AxxonAI juga direka bentuk dengan pematuhan PDPA sebagai terasnya dan mampu dimiliki oleh PKS.
PERKONGSIAN DALM PENJAGAAN KESIHATAN
AxxonAI, dengan kerjasama Sancy Berhad, salah satu penyedia penyelesaian penjagaan kesihatan digital terkemuka di Malaysia, akan membolehkan doktor dan para pentadbir untuk memperoleh informasi yang berkuasa dan boleh diambil tindakan segera terus daripada data pesakit sambil patuh kepada peraturan privasi data. Kerjasama ini menandakan langkah yang penting ke arah transformasi penyampaian penjagaan kesihatan melalui penyelesaian yang selamat, pintar dan dipacu AI yang berdaulat.
Di bawah kerjasama ini, keupayaan penjanaan data sintetik dan kecerdasan canggih AxxonAI akan disepadukan dengan ekosistem penjagaan kesihatan Sancy Berhad untuk mempercepatkan inovasi dalam penjagaan pesakit, kecekapan operasi dan pelancongan penjagaan kesihatan. Kerjasama ini pada mulanya akan memberi tumpuan kepada dua inisiatif utama:
- Connected Care: Penyelesaian pelancongan penjagaan kesihatan berpacu data yang direka untuk menarik pesakit antarabangsa sambil memastikan privasi dan pematuhan terhadap peraturan tempatan.
- Ring: Model penjagaan berpusatkan pesakit yang memanfaatkan data sintetik dan kecerdasan ramalan untuk meningkatkan hasil, mengurangkan kos dan memperkemas perjalanan penjagaan hospital ke rumah.
Kedua-dua inisiatif ini membuka jalan untuk sistem penjagaan kesihatan yang lebih kos efektif, berpusatkan pesakit dan berkesan.
Prabuddha Chakravertty, Pengarah Urusan Kumpulan Sancy Berhad, berkongsi, "Melalui platform kecerdasan data sintetik termaju AxxonAI, Sancy Berhad sedang mengubah cara ia mendekati penjagaan pesakit, peruntukan sumber dan pembuatan keputusan klinikal. Platform ini menjana profil pesakit sintetik yang tepat secara statistik dan mematuhi peraturan yang mencerminkan populasi dunia sebenar, memperkasakan pasukan penjagaan kesihatan untuk mengoptimumkan laluan rawatan, meramalkan permintaan penjagaan kritikal dan meningkatkan hasil pesakit tanpa menjejaskan privasi individu."
DALAM PERANCANGAN
Pelbagai versi baharu AxxonAI kini sedang dibangunkan, termasuk versi yang menggunakan Model Bahasa Raya Kecil (SLM) serta keupayaan fungsi agentik bersepadu, khusus untuk sektor PKS di Malaysia. Pasukan AxxonAI juga sedang menjalankan proses pengujian dan penambahbaikan terhadap model AI khusus domain bagi menyokong pelancaran penyelesaian merentas sektor Pertanian, Automotif, BFSI, Telekomunikasi, Hartanah, Logistik, Rantaian Bekalan, serta Media dan Hiburan menjelang awal tahun 2026.
Sonny (Soumitra) Dey (bekas Accenture, Ogilvy) mengetuai pasukan teras AxxonAI, yang melibatkan pakar-pakar AI dari Malaysia dan global. Pasukan yang berkebolehan ini dibimbing oleh tokoh-tokoh industri terkemuka Malaysia seperti Sharani Mohamed (Teknousahawan, dikenali sebagai Arkitek Penyelesaian Teknologi Pertahanan & Keselamatan Kerajaan) dan Omar Shaari (Bekas Dentsu).
Pasukan teras terdiri AxxonAI daripada Sutapa Bhattacharya, , Rakan Kongsi Pengurusan, Strategi, Inovasi & Kesinambungan Perniagaan (bekas-Leo Burnett and TNB), Sudip Ghosh, Ketua BFIS dan Telekom (bekas Ketua Asia Oracle & IBM), Teruchelwam Pillai, Ketua Pegawai Teknologi ( bekas Sime Darby), Dr S. Katae, Ketua Jurutera AI (bekas Deep Mind), Gloria Gomes, , Strategi & Wawasan (bekas Byte Dance Malaysia), Gerald Faust, Sovereign Cloud dan AI (bekas Ketua JAPAC & ME untuk SNP & Eksekutif di SAP), Amit Kurhekar, Ketua Teknologi Pemasaran Kewangan (bekas Moneylion dan P&G), Jacek Kucieba, Kecekapan dan Impak Perniagaan (bekas SAS), Ragu Nathan Marthammuthu, Ketua Akademi AI & L&D (bekas Persekutuan Majikan Malaysia), Haris Mateen, Ketua Platform (bekas MIMS), Saravanan Ramaiah, Ketua Pegawai Kewangan (bekas Entropia), Sugato Banerjee, Ketua Negara, Asia Selatan dan Dubai (bekas JWT, Standard Chartered, Airtel, Videocon) dan Adriel Chan, Ketua Strategi Pemasaran,
##TAMAT##
Mengenai AxxonAI
AxxonAI, yang dibangunkan oleh Athenatech.ai (sebuah syarikat yang diperakui Digital Malaysia), ialah platform GenAI sintetik generasi seterusnya yang membolehkan organisasi memaksimumkan nilai data mereka tanpa menjejaskan privasi, keselamatan, atau pematuhan peraturan.
AxxonAI dibangunkan berasaskan rangka kerja dan metodologi Model Bahasa Raya yang canggih bagi menghasilkan data sintetik berketepatan tinggi yang mencerminkan corak statistik dunia sebenar, tanpa mengandungi sebarang maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti. Pendekatan ini menyokong keupayaan perusahaan untuk menjalankan analisis, inovasi, dan peluasan skala operasi secara terkawal serta berkeyakinan.
Keupayaan teras AxxonAI terletak pada proses penyahgandingan dan penalaan halus data, iaitu konsep utama dalam pembelajaran mesin dan kejuruteraan data. Proses ini membolehkan kawalan yang lebih sistematik terhadap penjanaan data sintetik, seterusnya meningkatkan kualiti data, fleksibiliti, serta kebolehgunaan dalam aplikasi praktikal.
Penalaan halus melibatkan penyesuaian model pra-latih menggunakan set data yang dijana secara sintetik, sekaligus menyokong pelaksanaan segmentasi dan keperibadian lanjutan, khususnya dalam persekitaran pengguna BANI.
Dunia BANI (Brittle, Anxious, Nonlinear, Incomprehensible) memberikan cabaran yang ketara dalam memahami tingkah laku pengguna. Dalam persekitaran yang tidak menentu, corak tingkah laku pengguna berubah dengan pantas dan sukar diramalkan. Set data tradisional mudah menjadi lapuk, manakala keperluan pematuhan privasi mengehadkan akses kepada maklumat peribadi yang terperinci.
Penggunaan data sintetik membolehkan pemodelan ketidakpastian dan turun naik ini secara lebih berstruktur, seterusnya menyokong pembentukan senario yang mencerminkan dinamik yang rapuh dan tidak linear dalam proses pembuatan keputusan pengguna dunia sebenar. Dalam konteks ini, AxxonAI memainkan peranan strategik dalam menyokong pemahaman dan pemodelan tingkah laku pengguna.
[1] ASEAN RESPONSIBLE AI ROADMAP (2025 – 2030): https://asean.org/wp-content/uploads/2025/02/ASEAN-Responsible-AI-Roadmap-Final.docx.pdf
[2] How Much Does It Cost to Train an AI Model?: https://www.talentelgia.com/blog/how-much-does-it-cost-to-train-an-ai-model/
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4884380_MS84380_6











