BEIJING, 22 Januari 2026 /PRNewswire/ — Dengan satu klik pada skrin telefon bimbit mereka, petani buah-buahan di Daerah Xi, Wilayah Shanxi, utara China boleh menyelesaikan kerja-kerja pengairan dan pembajaan di kebun buah pear wangi Yulu mereka, suatu pemandangan yang biasa dilihat di sana.
Photo shows a joyful farmer looking at a Yulu fragrant pear in Xi County of Shanxi Province, north China.
Terkenal dengan sejarah ladang pokok pear yang tak lapuk dek zaman dan rasa buah pear yang luar biasa, daerah Cina ini menerima pakai teknologi digital secara proaktif untuk merancakkan lagi industri buah pear wangi tempatan.
Dengan adanya "Xi County Digital Village", sebuah platform awan, daerah yang terletak di kawasan tengah Dataran Tinggi Loess yang memiliki semua keadaan pertumbuhan yang diperlukan untuk buah pear wangi Yulu yang berkualiti ini tidak perlu lagi bimbang mengenai kerja-kerja pengairan dan pembajaan yang banyak memerlukan tenaga.
Sistem pengawalan dan pengedaran kebun pintar turut digunakan oleh daerah berkenaan untuk mendigitalkan pengurusan yang berkaitan bagi memelihara rasa buah pear dengan lebih baik, yang dapat mengatasi rasa buah pear yang lain lantaran altitud tinggi yang mesra buah pear, cahaya matahari yang mencukupi, perbezaan suhu siang-malam yang besar dan persekitaran geologi yang unik.
Di dewan demonstrasi kampung digital Daerah Xi, sebanyak lebih 100 penunjuk mengenai penanaman buah pear wangi Yulu, jualan e-dagang dan sebagainya dipaparkan pada skrin besar bagi tujuan pemantauan pada masa nyata, analisis trend dan juga amaran risiko.
Melalui sambungan dengan sumber data meteorologi, peralatan penderiaan berasaskan Internet Benda serta peranti air dan baja bersepadu, sistem pengawalan kebun pintar mengupayakan penanaman dan pengurusan pokok pear yang lebih saintifik.
Di tempat lain di pusat pengedaran terkawal suhu di Bandar Zhaizi, sistem yang serupa membantu penduduk tempatan merealisasikan pengurusan pintar bagi urusan kemasukan gudang, pengisihan dan pembungkusan, penghantaran keluar serta pemantauan persekitaran yang berkaitan dengan buah pear wangi Yulu.
Dalam keadaan sedemikian, setiap buah pear wangi Yulu mempunyai kod identiti berasaskan kod QRnya sendiri, lalu menjadikannya benar-benar telus kepada pengguna bermula daripada memetik di kebun hinggalah menyajikannya di meja makan.
Dalam kalangan petani buah-buahan Daerah Xi, terdapat pepatah yang berbunyi "Tidak semua buah pear wangi boleh dinamakan sebagai buah pear wangi Yulu" dan di sebalik reputasinya, ia bukan sahaja bergantung pada keadaan semula jadi daerah berkenaan tetapi juga usaha untuk membangunkan produk sirap, wain dan minuman berasaskan buah pear serta memupuk e-dagang tempatan.
Habitat dan usaha hebat sedemikian membuktikan kualiti premium buah pear wangi Yulu Daerah Xi yang kini menghasilkan 35 juta kilogram buah pear wangi setiap tahun dan mengeksport buah pear tempatan ke pelbagai pasaran luar negara seperti A.S., Kanada, UAE dan Australia.
Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/349281.html
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4868783_MS68783_6










