Xinhua Silk Road: Gala Festival Musim Bunga Belia Global 2026 dirakam di Bandar Nanning, Selatan China - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Xinhua Silk Road: Gala Festival Musim Bunga Belia Global 2026 dirakam di Bandar Nanning, Selatan China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING, 23 Januari 2026 /PRNewswire/ — Rakaman Gala Festival Musim Bunga Belia Global 2026 (tempat utama Nanning) telahpun selesai pada 16 Januari di Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, selatan China.

Dengan menampilkan zodiak "Kuda" sebagai lambang budaya, gala berkenaan menghimpunkan barisan artis muda dari China, negara-negara ASEAN, United Kingdom, Nigeria dan Brazil untuk mempersembahkan gabungan antara inovasi teknologi dan pertukaran budaya.

Dibimbing oleh Pejabat Maklumat Majlis Negeri, gala berkenaan memfokuskan pada "penciptaan bersama belia" dan juga "pemerkasaan teknologi". Dengan menggunakan korus awan, pautan masa nyata dan lawatan lapangan rentas sempadan, gala tersebut menerobos batasan pentas tunggal bagi mewujudkan ruang berbilang dimensi untuk mengadakan dialog antarabangsa.

Integrasi teknologi menjadi sorotan utama. Persembahan pembukaan, "AI on Spring," menampilkan barisan penyanyi dari China dan negara-negara ASEAN yang mempersembahkan sebuah lagu yang digubah dengan bantuan kecerdasan buatan. Pertunjukan ini menggabungkan tarian singa tradisional dengan "anjing mekanikal AI" dan turut menggunakan teknologi AR bagi memaparkan kuplet musim bunga digital.

Di samping itu, gala tersebut memperkenalkan "Fubao", manusia digital AI yang diilhamkan oleh corak broked Zhuang, bagi membimbing peralihan dan mentafsirkan erti budaya.

Dari segi kolaborasi budaya, barisan artis antarabangsa mempersembahkan beberapa pertunjukan inovatif. Para pemuzik belia turut serta untuk mempersembahkan karya instrumental "Sea and Mountain Harmony" manakala para penyanyi dari China, Indonesia, Laos, Thailand dan Vietnam mempersembahkan korus awan berbilang bahasa menerusi lagu klasik "Jasmine Flower".

Sebuah persembahan "Tai Chi" menampilkan penggemar seni bela diri dari China dan Brazil yang berlatarkan landskap janaan AI. Gala tersebut turut mempersembahkan warisan budaya tidak ketara melalui lensa moden, termasuk versi hip-hop tarian "Yingge" dan karya akrobatik yang menggabungkan seni batu kuno dengan motif Dunhuang.

Sepanjang tempoh rakaman, peserta-peserta belia antarabangsa menyertai aktiviti "YOUNG-LINK • Meeting in Nanning". Mereka melawat taman industri, daerah bersejarah dan pasar malam untuk merasai sendiri pembangunan bandar dan budaya bandar tuan rumah.

Gala berkenaan telahpun diadakan sebanyak 19 sesi berturut-turut, dengan program-program disiarkan di lebih 100 negara dan wilayah. Acara pada tahun ini turut membawakan subtempat di Vietnam, Indonesia, Laos dan Thailand.

Program penuh dijadualkan akan ditayangkan buat julung kalinya pada peringkat global bertarikh 15 Februari.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/349285.html

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4868784_MS68784_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI