Sigenergy Disenaraikan Jenama Storan Tenaga No. 1 Dalam Pelbagai Pasaran Global, Menurut SunWiz - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Sigenergy Disenaraikan Jenama Storan Tenaga No. 1 Dalam Pelbagai Pasaran Global, Menurut SunWiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY dan DUBLIN dan JOHANNESBURG, 23 Januari 2026 /PRNewswire/ — Sigenergy, iaitu penginovasi storan tenaga global telahpun disenaraikan sebagai jenama storan tenaga No. 1 dalam pelbagai pasaran antarabangsa, termasuk Australia, Ireland dan Afrika Selatan, menurut laporan terkini daripada SunWiz, firma perunding solar dan tenaga bebas.

Sigenergy Ranked No. 1 Energy Storage Brand in Australia, Ireland, and South Africa
Sigenergy Ranked No. 1 Energy Storage Brand in Australia, Ireland, and South Africa

Dalam seluruh pasaran-pasaran ini, data SunWiz mengesahkan kepimpinan pasaran Sigenergy dalam bahagian pasaran sistem storan tenaga mengikut jumlah kapasiti terpasang dalam julat 0–1000 kWj, seterusnya menggambarkan penerimagunaan pemasang yang luas dan keutamaan pelanggan yang kukuh. Di Australia, Ireland dan Afrika Selatan, Sigenergy merupakan jenama storan tenaga yang paling banyak dipilih secara meluas dalam kalangan pemasang, lantas memantapkan kedudukannya sebagai pembekal yang utama dalam pasaran tenaga matang dan juga berkembang pantas.

Di samping itu, Sigenergy mengekalkan kedudukannya sebagai pengilang bateri No. 1 di Australia mengikut kapasiti teradun[1] sejak Mac 2025. Berdasarkan data SunWiz, syarikat ini memegang kedudukan teratas ini selama sepuluh bulan berturut-turut, lantas menonjolkan kepimpinan pasaran yang berterusan dan bukannya lonjakan jangka pendek.

Prestasi serantau Sigenergy yang kukuh menggambarkan trajektori pertumbuhan global yang konsisten. Di seluruh dunia, Frost & Sullivan menyenaraikan Sigenergy di kedudukan No. 1 dalam kategori Sistem Storan Tenaga Teragih semua-dalam-satu boleh tindan. Pada tahun 2024, Sigenergy menghantar 475 MWj dalam segmen ini, lalu menguasai 28.6 peratus bahagian pasaran global.

Ditubuhkan pada tahun 2022, Sigenergy muncul dengan pesat sebagai salah sebuah syarikat yang paling berkembang pesat dalam industri storan tenaga global, didorong oleh tumpuan pada inovasi, keandalan produk serta reka bentuk berpusatkan pemasang.

[1] Kapasiti teradun merujuk kepada jumlah kapasiti tenaga (dalam kilowatt-jam, kWj) sistem bateri kediaman yang dicadangkan, dijual dan dipasang.

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4868978_MS68978_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI