BANDAR RAYA TAIPEI BAHARU, 1 Januari 2026 /PRNewswire/ — Bandar Raya Taipei Baharu menyambut kedatangan tahun 2026 dengan acara Malam Tahun Baharu utamanya, Shining New Taipei 1314 Cross-River Fireworks yang telahpun diadakan sepanjang Sungai Tamsui dengan dua pentas utama di Tamsui dan Bali di kedua-dua bahagian sungai. Menggabungkan konsert luar berskala besar dengan pertunjukan bunga api seberang sungai yang menakjubkan, acara ini menarik minat anggaran 90,000 pengunjung pada 31 Disember yang menyaksikan salah satu sambutan Malam Tahun Baharu yang paling ikonik di Taiwan.

New Taipei’s 2026 Cross-River Fireworks Show Dazzles with Performers from Taiwan, Japan, and South Korea
Sambutan pada tahun ini menampilkan barisan artis Taiwan–Jepun–Korea yang berprofil tinggi, lalu menonjolkan kehadiran Bandar Raya Taipei Baharu yang semakin berkembang di persada budaya antarabangsa. "Starlight Stage" Tamsui diterajui oleh HWASA, iaitu tokoh yang terkemuka dalam hiburan K-pop dan juga salah seorang artis wanita yang paling popular di Korea Selatan bagi mempersembahkan pertunjukan bertenaga tinggi yang menawan hati penonton dan menarik perhatian global kepada temasya Bandar Raya Taipei Baharu. Di seberang sungai, "Moonlight Stage" Bali menampilkan penyanyi-penggubah lagu Jepun Ai Higuchi yang dikenali di seluruh dunia melalui lagu tema Attack on Titan, Akuma no Ko yang menambahkan kedalaman dan resonans pada malam itu dengan vokalnya yang bertenaga lagi penuh emosi
Sepanjang malam itu, barisan artis dari Taiwan, Jepun dan Korea Selatan mengadakan persembahan di dua pentas yang menghadap sungai, dengan pentas Tamsui dan Bali dihubungkan melalui siaran langsung, yang mengeratkan hubungan antara Tamsui dan juga Bali. Kedua-dua daerah dermaga bersejarah ini akan dihubungkan secara fizikal oleh Jambatan Danjiang dengan perasmiannya dijadualkan berlangsung pada tahun 2026.
Pada jam 8:26 malam tanggal 31 Disember, pertunjukan utama malam itu telahpun berlangsung yang direka oleh kumpulan piroteknik Perancis yang tersohor di dunia, Groupe F. Paparan berdurasi 13 minit dan 14 saat itu mempersembahkan lebih 35,000 pertunjukan bunga api dengan lebih 60 warna. Disegerakkan dengan pantulan sungai dan pencahayaan seni bina, koreografinya mengubah langit malam menjadi naratif visual yang amat besar bagi meraikan landskap semula jadi dan masa depan bandar di Bandar Raya Taipei Baharu.
Datuk Bandar Hou Yu-ih menyatakan bahawa Shining New Taipei 1314 menjadi sambutan Malam Tahun Baharu yang utama untuk bandar ini yang dibezakan secara unik oleh latar seberang sungai dan integrasi antara muzik, pertunjukan bunga api dan visi bandar. Beliau menyatakan bahawa acara ini berperanan sebagai permulaan budaya kepada pembukaan Jambatan Danjiang yang dijangka akan meningkatkan dengan ketara keterhubungan serantau, merangsang pelancongan serta menyokong pembangunan lestari sepanjang koridor sungai.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4855156_MS55156_6










