HAIKOU, China, 5 Januari 2026 /PRNewswire/ — Laporan berita daripada Biro Pelancongan, Kebudayaan, Radio, Televisyen dan Sukan Perbandaran Haikou:
Sebagai hab utama bagi Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan, Haikou memajukan keterbukaan dan keterlibatan globalnya melalui acara-acara bertaraf antarabangsa yang utama, termasuk China International Travel Mart 2025, Persidangan Pembangunan Pelancongan Wilayah Hainan 2025 dan Persidangan Promosi Ibu Kota Seni Pentas Antarabangsa yang akan datang.
Perhimpunan Global Melalui Satu Pameran — Kecemerlangan Dipaparkan di Haikou
China International Travel Mart 2025 yang diadakan di Hainan International Convention and Exhibition Center menghimpunkan pihak berkuasa pelancongan, syarikat penerbangan dan ahli profesional pelancongan dari 101 negara dan wilayah. Melalui pameran inovatif serta pengalaman yang imersif, Haikou mempamerkan ekosistem pelancongannya yang meriah, momentum pasaran yang kukuh serta persekitaran yang bersifat terbuka dan mesra perniagaan, lalu memberikan tanggapan positif kepada pembeli serta pelawat global.
Dengan memanfaatkan kelebihan polisi Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan, Haikou terus memupuk persekitaran kendalian yang amat berdaya saing dan mempercepat pembangunannya sebagai pusat pelancongan dan penggunaan antarabangsa. Pelbagai sektor—bermula daripada membeli-belah bebas cukai hinggalah acara kebudayaan, sukan dan seni pentas—bertumpu untuk memperkayakan landskap pelancongan yang disokong oleh persekitaran pasaran yang dikawal selia dengan baik, selamat dan andal.
Mengintegrasikan Pasaran Domestik dan Antarabangsa — Haikou sebagai Platform Strategik Teras
Bertempat di Persidangan Pembangunan Pelancongan Wilayah Hainan 2025 yang diadakan di Haikou pada 23 Disember, bandar ini menggariskan rancangan untuk memupuk tonggak pertumbuhan pelancongan dalam Lingkaran Ekonomi Haikou dan Jalur Ekonomi Selat Qiongzhou. Dengan memanfaatkan warisan budaya, tempat pameran serta acara sukan yang utama, Haikou mempromosikan inovasi bersepadu "Tourism +" dan menarik pelaburan domestik dan antarabangsa yang berkualiti tinggi bagi memperluas pelancongan dalam negeri.
Daripada Destinasi Seni Pentas kepada Hab Seni Pentas Antarabangsa
Dengan memanfaatkan polisi Pelabuhan Perdagangan Bebas, kini Hainan menawarkan kemasukan tanpa visa kepada pelawat dari 86 negara, memperluas laluan udara antarabangsa dan meningkatkan perkhidmatan bebas cukai, termasuk elaun sebanyak RMB 100,000 dan pilihan "beli-dan-ambil-terus". Berlatarbelakangkan hal ini, Haikou bangkit dengan pantas menjadi hab seni pentas bertaraf global. Konsert oleh artis-artis Cina dan antarabangsa ternama, termasuk Kanye West dan Katy Perry meningkatkan profil global bandar ini.
Memandang ke hadapan, Haikou akan terus memanfaatkan kelebihan Pelabuhan Perdagangan Bebas bagi menyokong perusahaan-perusahaan domestik untuk berkembang ke peringkat global dan dalam masa yang sama menarik minat lebih banyak syarikat antarabangsa untuk mengambil bahagian dalam pembangunan budaya serta pelancongannya.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4856023_MS56023_6










