SHANGHAI, 23 Januari 2026 /PRNewswire/ — Envision Energy, peneraju bertaraf global bagi teknologi hijau, menyambungkan grid prototaip turbin angin AI pertama dengan jayanya untuk projek sulungnya di Australia bagi menyokong Projek Angin Nullagine Fortescue di Pilbara – pembangunan angin operasi pertamanya dan langkah penting dalam memajukan strategi Real Zero (Sifar Sebenar). Pencapaian ini menyaksikan satu peristiwa penting berhubung kehadiran Envision dalam pasaran tenaga boleh baharu Australia dan menonjolkan potensi sistem AI fizikal dalam mendayakan penyahkarbonan industri berskala besar di seluruh negara.
Projek ini membawakan 17 turbin angin AI EN182-7.8MW Envision yang direka khusus untuk persekitaran perlombongan dan gurun Australia, keadaan angin tempatan dan keperluan grid yang ketat. Turbin ini mengintegrasikan teknologi menara tegak sendiri Nabrawind dengan ketinggian hab 188 meter yang menetapkan penanda aras global untuk angin darat, selain memberikan hasil tenaga yang lebih tinggi.
Bahagian teras turbin ini ialah Model Asas Tenaga Dubhe yang baru dilancarkan oleh Envision, iaitu sistem AI Fizikal yang terbesar di dunia. Diilhamkan oleh Dubhe, bintang panduan Biduk (Big Dipper) yang membantu manusia bernavigasi melalui Bintang Utara selama beribu-ribu tahun, Dubhe diperkenalkan oleh Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Envision, Lei Zhang semasa berlangsungnya Minggu Kelestarian Abu Dhabi. Beroperasi bersama Model Asas Cuaca Tianji Envision, Dubhe menganalisis aliran data tenaga dunia nyata yang luas bagi mengatur penjanaan, storan, grid dan permintaan tenaga boleh baharu pada masa nyata. Dengan membawakan sumber boleh baharu yang amat banyak dan memacu kos ke tahap marginal hampir sifar, Dubhe membolehkan sistem tenaga diskalakan dengan cekap menerusi AI, seterusnya memenuhi permintaan tenaga yang belum pernah terjadi sebelumnya dalam era AI.
"Selama berabad-abad, Dubhe membimbing pengembara menempuh kegelapan. Hari ini, ia menerangi jalan kita menuju masa depan tenaga yang pintar, berpatutan dan tidak terbatas – masa depan yang mampu mengekalkan tamadun baharu secara harmoni dengan planet kita," kata Lei Zhang, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Envision.
Kane Xu, Naib Presiden Kanan dan Presiden Barisan Produk Antarabangsa Envision Energy, menambah: "Sambungan grid mengesahkan kuasa daripada pendekatan AI Fizikal Envision – membuktikan bahawa turbin angin AI kami memenuhi keperluan grid yang paling mencabar di dunia dan dalam masa yang sama memaksimumkan pulangan. Nullagine lebih daripada sekadar projek; ia merupakan rangka tindakan boleh skala demi penyahkarbonan industri dan kemakmuran yang lestari."
"Merealisasikan Real Zero memerlukan penggantian diesel dan gas dengan tenaga boleh baharu berskala industri yang andal. Angin – di samping solar dan bateri – menyediakan kuasa yang boleh dipercayai dan berkos rendah yang kami perlukan untuk mengelektrifikasi trak angkut, gerudi, loji pemprosesan dan landasan kereta api kami merentas Pilbara. Projek Angin Nullagine akan menyalurkan tenaga terus ke Pilbara Energy Connect, lalu mengukuhkan bekalan dengan mengimbangi solar siang hari dengan penjanaan angin waktu malam dan bermusim yang kuat," kata Dino Otranto, Ketua Pegawai Eksekutif Fortescue Metals and Operations.
– Tamat –
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4868888_MS68888_6












