![]() |
KUALA LUMPUR, Malaysia, 6 Januari 2026 /PRNewswire/ — Pulau Perhentian muncul sebagai destinasi yang berkembang paling pesat dalam menarik pelancong antarabangsa di Malaysia, menurut pemeringkatan New Horizons yang terkini pada platform pelancongan digital Agoda. Platform pelancongan ini mendedahkan selanjutnya bahawa Sitiawan akan menjadi destinasi domestik sohor kini yang utama manakala Pulau Phu Quoc (Vietnam) akan muncul sebagai destinasi pilihan dalam kalangan pelancong Malaysia.
Pemeringkatan New Horizons daripada Agoda yang dikeluarkan setiap tahun ini membandingkan kedudukan tempahan penginapan dua tahun sebelumnya bagi mengenal pasti destinasi yang mendaki kedudukan tertinggi bagi pelancongan antarabangsa di Asia.
Fabian Teja, Pengarah Negara Malaysia dan Brunei di Agoda berkata, "Pelancong pada hari ini melihat lebih daripada sekadar tempat-tempat tumpuan yang biasa dan destinasi-destinasi seperti Pulau Perhentian, Sitiawan dan Phu Quoc menggambarkan minat yang semakin meningkat terhadap pengalaman yang autentik, berasaskan alam semula jadi dan kaya budaya. Di Agoda, kami berbesar hati membantu pelancong meneroka destinasi-destinasi yang semakin meningkat naik ini dengan menjadikan pengembaraan lebih mudah dicapai melalui tawaran nilai hebat yang meliputi penginapan, penerbangan dan aktiviti, kesemuanya pada satu platform yang mudah digunakan."
Pulau Perhentian melonjak ke kedudukan ke-14 pada tahun 2025 berbanding tempat ke-16 pada tahun 2024, lalu memperlihatkan daya tarikannya yang semakin meningkat dalam kalangan pelawat antarabangsa. Dikenali dengan perairannya yang jernih dan kehidupan laut yang meriah, pulau-pulau ini menawarkan pengalaman selam snorkel dan selam yang cukup luar biasa. Pantai yang tenang dan hutan yang rimbun menyediakan tempat percutian yang sempurna untuk pencinta alam semula jadi.
Sementara itu, Sitiawan menjadi destinasi domestik yang utama dan naik ke kedudukan ke-43 pada tahun 2025 berbanding tempat ke-48 pada tahun 2024, lantas menunjukkan peningkatan minat dalam kalangan pelancong tempatan. Bandar yang menawan ini terkenal dengan makanan laut yang enak dan juga kekayaan warisan budaya. Pelawat boleh meneroka kuil-kuil tradisional dan menikmati layanan mesra daripada masyarakat setempat.
Bagi warga Malaysia yang melancong ke luar negara, Pulau Phu Quoc menyaksikan peningkatan populariti bagi destinasi pelancongan luar negara, melonjak ke kedudukan ke-21 pada tahun 2025 berbanding kedudukan ke-34 pada tahun 2024. Menerusi pantainya yang menakjubkan dan pusat peranginan yang mewah, Phu Quoc menawarkan syurga tropika untuk bersantai. Pasar malam yang meriah di pulau itu dan makanan laut segar menjadikannya hidangan masakan yang lazat untuk pelancong.
Apabila memerhatikan destinasi-destinasi baru muncul yang utama untuk pelancong Asia secara keseluruhannya, Sapa (Vietnam) mengungguli senarai sebagai bintang yang sedang meningkat naik di Asia. Destinasi gunung Vietnam yang indah diikuti oleh Okayama (Jepun), Bandung (Indonesia), Matsuyama (Jepun) dan Takamatsu (Jepun) sebagai lima destinasi teratas di Asia memperlihatkan pertumbuhan tertinggi bagi minat kembara antarabangsa.
Pelancong yang membuat perancangan bagi tahun 2026 digalakkan untuk menyemak tawaran nilai hebat daripada Agoda untuk lebih 6 juta harta tanah percutian, lebih 130,000 laluan penerbangan dan lebih 300,000 aktiviti serta pengalaman yang tersedia pada platform ini. Tawaran terkini boleh didapati pada aplikasi Agoda atau melalui agoda.com/deals.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4856052_MS56052_6












