Night Zoo bakal jadi tarikan baharu di Johor

Night Zoo bakal jadi tarikan baharu di Johor

NIGHT Zoo Johor akan mula dibuka kepada umum pada 27 Mac ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

JOHOR BAHRU : Night Zoo Johor yang akan mula dibuka kepada umum pada Jumaat ini bakal menjanjikan pengalaman unik dan menjadi tarikan baharu di negeri ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM8.73 juta bagi tujuan naik taraf Zoo Johor bagi memberi keselesaan buat pengunjung menikmati pengalaman mengunjunginya pada waktu malam.

“Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor supaya Zoo Johor dinaik taraf kepada konsep Night Zoo sebagai salah satu mercu tanda pelancongan utama negeri ini.

“Dengan peruntukan sebanyak RM8.73 juta, pelbagai kerja naik taraf telah dilaksanakan melibatkan sistem saliran, pembentungan, pencawang elektrik serta pencahayaan, bagi memastikan suasana yang lebih selesa, selamat dan menarik,” katanya dalam kenyataan.

Onn Hafiz berkata, Night Zoo Johor bakal beroperasi setiap Jumaat hingga Ahad daripada pukul 8 hingga 11 malam dengan kemasukan terakhir pada pukul 10 malam.

Menurut beliau, harga tiket yang dikenakan adalah RM10 bagi dewasa, RM5 bagi kanak-kanak lima tahun ke atas dan warga emas 60 tahun ke atas.

“Bagi pelancong asing, harga tiket adalah sebanyak RM30 manakala kemasukan percuma bagi kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah dan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU),” jelasnya.

Tambahnya, antara tarikan utama adalah siri ‘feeding show’ yang berlangsung sepanjang malam membabitkan haiwan nokturnal (aktif pada waktu malam).-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN