Penganjuran program mendekati ribuan pelajar diiktiraf dalam menggalakkan celik kewangan dan keterangkuman di seluruh negara.
KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 Disember 2025 /PRNewswire/ — FWD Insurance Berhad ("FWD Insurance") telah diberi pengiktirafan semasa Majlis Anugerah ESG Plus 2025 yang dianjurkan oleh The Exchange Asia, dengan menerima Anugerah Impak Sosial & Inklusif di bawah kategori Penglibatan Komuniti & Tanggungjawab Sosial. Pengiktirafan ini menunjukkan komitmen berterusan FWD Insurance dalam inisiatifnya meningkatkan kadar celik kewangan dan menyokong komuniti secara inklusif di seluruh Malaysia.
Anugerah ESG Plus adalah sebagai menghargai organisasi yang menunjukkan kepimpinan yang bermanfaat untuk persekitaran, sosial, dan urusan pentadbiran. Pengiktirafan FWD Insurance menggambarkan pendekatannya yang mengintegrasikan matlamat dengan perniagaan, menerusi program-program yang mendidik dan memperkasakan rakyat Malaysia di setiap peringkat kehidupan.
Mendekati rakyat Malaysia di setiap peringkat usia:
Inisiatif FWD Insurance yang telah memenangi anugerah ini melibatkan pelajar dari sekolah rendah sehinggalah di tahap pendidikan tinggi, bagi melengkapkan pelajar dengan kemahiran kewangan yang praktikal:
- Know Your Money – Program sekolah rendah
Memperkenalkan kanak-kanak dengan konsep asas wang melalui pembelajaran yang menarik dan penyertaan dalam pelbagai aktiviti. Sejak tahun lalu, program ini telah dijalankan ke atas lebih 5,000 pelajar sekolah rendah, memberikan panduan asas pengurusan kewangan bermula dari awal usia. - JA SparktheDream – Program sekolah menengah
Program ini yang direka khusus untuk golongan remaja, bertujuan memberi kemahiran dalam membuat keputusan kewangan dan meningkatkan keyakinan. Lebih 1,300 penyertaan pelajar sekolah menengah daripada seluruh negara, dan diakui para guru terdapat peningkatan dalam kesedaran dan amalan tentang pengetahuan kewangan dalam kalangan pelajar-pelajar mereka. - Fun(d) for Life – Program di peringkat pendidikan tinggi/universiti/kolej
Menyediakan golongan belia untuk memikul tanggungjawab kewangan di dunia sebenar, termasuklah merangka belanjawan, simpanan, dan perancangan jangka panjang. Program ini dijangka melibatkan 10,000 penerima manfaat menjelang tamatnya program dua tahun ini, di samping melengkapkan mereka dengan pengetahuan untuk membuat pilihan kewangan berdasarkan maklumat. - Sokongan infrastruktur – Tajaan 40 papan digital untuk Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Keramat
Menggalakkan suasana pembelajaran digital, di samping memberi akses pendidikan kewangan secara berterusan kepada para pelajar dan guru di 38 buah sekolah daerah Keramat.
Memacu impak merentasi angka
Anugerah ini bukan sekadar menunjukkan skala pencapaian FWD Insurance sahaja malah memperlihatkan impak ke atas komuniti hasil daripada inisiatif yang dibuat. Sekolah-sekolah turut melaporkan yang pelajar-pelajar kini lebih memahami tentang kewangan dan terdapat peningkatan terhadap kemahiran dalam membuat keputusan, sekali gus membantu membina generasi yang cakna dalam membuat pilihan kewangan bersandarkan maklumat dan mampu menyumbang kepada masyarakat secara lebih meluas.
"Celik kewangan adalah kemahiran yang amat penting, dan kami percaya bahawa semua orang layak mendapat pengetahuan dan berasa yakin dalam membuat keputusan untuk masa depan mereka. Atas kesedaran inilah, kami komited untuk menyokong komuniti melalui inisiatif jangka panjang yang bermanfaat bagi membantu rakyat Malaysia membina kewangan yang kukuh. Kami amat berbesar hati menerima pengiktirafan di majlis Anugerah ESG Plus tersebut dan kami akan terus fokus dalam memberikan impak sosial yang positif khususnya kepada generasi akan datang," kata Aman Chowla, Ketua Pegawai Eksekutif, FWD Malaysia.
Mak See Sen, Ketua Pegawai Eksekutif, FWD Insurance Berhad, menegaskan, "Memberi impak sosial yang bermanfaat memerlukan komitmen jangka panjang, kerjasama dan hala tuju yang jelas. Program celik kewangan kami berdasarkan kepercayaan bahawa setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira usia atau latar belakang, berhak mendapat ilmu dalam usaha mereka untuk membina jaminan kewangan. Pengiktirafan ini mendorong kami untuk terus melabur dalam inisiatif yang mengukuhkan komuniti dan memberi perubahan bermanfaat serta mampan".
FWD Insurance akan terus menjalankan tanggungjawab sosial dalam strategi ESG mereka di Malaysia, sebagai memastikan pendidikan kewangan mudah untuk diakses, menarik dan mampan. Dengan melengkapkan golongan muda Malaysia dengan kemahiran untuk mengurus kewangan secara bijak, FWD Insurance secara tidak langsung turut membantu dalam membentuk generasi yang berkeyakinan dan berdaya saing.
– TAMAT –
Tentang FWD Insurance Berhad
FWD Insurance Berhad ("FWD Insurance") ialah sebahagian daripada Kumpulan FWD, syarikat insurans hayat dan kesihatan dengan anggaran lebih kurang 34 juta* pelanggan merentasi 10 pasaran. Pendekatan FWD yang berfokuskan pelanggan dan didayakan secara teknologi digital bertujuan untuk menyampaikan cadangan inovatif, produk yang mudah difahami serta pengalaman insurans yang lebih ringkas. Ditubuhkan pada tahun 2013, syarikat ini beroperasi di beberapa pasaran insurans yang berkembang pesat di dunia dengan visi untuk mengubah cara orang ramai berfikir tentang insurans dan takaful. FWD disenaraikan di dalam Lembaga Utama Bursa Saham Hong Kong Limited di bawah kod stok 1828. Untuk maklumat lanjut mengenai Kumpulan FWD, sila layari www.fwd.com
FWD Insurance Berhad menawarkan pelbagai produk insurans keluarga dan hayat, seperti pelan perubatan, penyakit kritikal, simpanan dan pelan berkaitan pelaburan. Syarikat ini beroperasi di bawah seliaan Bank Negara Malaysia mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari fwd.com.my
*termasuk BRI Life di Indonesia
Tentang Bank Simpanan Nasional
Bank Simpanan Nasional (BSN) adalah bank pertama dan paling lama beroperasi di Malaysia, secara aktif memberi tumpuan dalam memupuk tabiat menyimpan dan melabur di kalangan rakyat Malaysia.
Sumber artikel: https://www.prnasia.com/asia-story/archive/4851548_MS51548_6










