OKU kena pukul ditawar khidmat guaman percuma

OKU kena pukul ditawar khidmat guaman percuma

TANGKAP layar video memaparkan beberapa individu memukul seorang lelaki kategori orang kurang upaya (OKU) selepas terlanggar salah sebuah gerai jualan dengan motosikalnya di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Kemaman, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Pergerakan Pemuda UMNO menawarkan khidmat guaman  percuma bagi membantu lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, di sini, semalam.

Ketua Pemudanya, Datuk Dr. Akmal Saleh berkata, tindakan beberapa individu yang memukul, mengheret dan menyepak mangsa dilihat sebagai perbuatan yang tidak berperikemanuasiaan.

“Apa yang menyedihkan hati saya, mangsa diperlaku seperti binatang. Dia disepak muka, diheret. Tak ada rasa perikemanusiaan ke? Kalau dia bukan pesakit mental pun kenapa nak pukul dia (mangsa) beramai-ramai. Kalau anak jantan, bukan begitu caranya,” katanya menerusi  video yang dimuat naik di Facebooknya.

Akmal berkata, pihaknya telah mengarahkan Exco Pemuda UMNO bersama peguam pergerakan itu untuk mencari keluarga mangsa dalam masa terdekat.

“Kita nak tawarkan khidmat peguam secara percuma. Kita nak pastikan mereka (pelaku) yang buat perkara tak ada hati perut ini dikenakan tindakan undang-undang yang setimpal mungkin,” katanya.

Semalam, media melaporkan seorang lelaki mental berusia 47 tahun cedera selepas dipukul dan disepak oleh beberapa individu dipercayai peniaga dan pembeli di pasar tani berkenaan menyebabkan suasana di pasar itu tegang dan kecoh seketika.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata, setakat ini tiga individu berusia 18 tahun hingga 60 tahun ditahan bagi membantu siasatan. – u

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN