PETALING JAYA: Keputusan pengambilan jururawat dari Indonesia perlu mengambil kira kepentingan rakyat, kebajikan petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan negara. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya akan memberikan kerjasama kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam melaksanakan kajian yang dicadangkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) susulan saranan Konsul Jeneral Republik Indonesia di Johor Bahru, Sigit S. Widiyanto. Katanya, kekurangan jururawat ketika ini turut diburukkan oleh…