Kilafairy buka tudung? - Utusan Malaysia

Kilafairy buka tudung?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Terkejut juga dengan gosip yang Cik Bunga terima ini. Tak lain tak bukan mengenai pelakon dan penyanyi, Kilafairy yang kononnya kini sudah tidak lagi bertudung.

Kalau diingat semula, sebelum ini ada luahan pernah dibuat oleh Kila mengenai gejolak iman di dada yang menguji dirinya. Kila pernah meluahkan di media sosial bahawa dia tidak lagi ingin memakai tudung, nak ‘free hair’ kembali macam era dia sebelum memakai tudung dan berimej muslimah.

Ingatkan sekadar luahan rambang sahaja. Tetapi, ada yang sampaikan kepada Cik Bunga, hal itu bukan sekadar khabar angin.

Dah ada yang nampak pun Kila berada di tempat umum tanpa mengenakan tudung. Khabarnya sumber ternampak Kila berada di sebuah butik kegemaran arwah ibunya baru-baru ini, tapi dia pun hairan wanita persis Kila itu tak pakai tudung.

Kata sumber, bagi memastikan itu bukan Kila atau mungkin sekadar pelanduk dua serupa, maka dia pun periksalah di media sosial mana tahu kot ada gambar terbaharu.

Tengok-tengok memang itu adalah Kila. Kata sumber, cuma Kila mengambil jalan selamat dengan memuat naik gambarnya bertudung di Instagram ketika bergambar dengan pereka fesyen berkenaan namun setelah gambar diambil, dia kembali membuka tudung.

“Walhal baju yang dipakainya adalah baju yang sama disarungnya pada hari tersebut. Cuma lepas bergambar, lepas dah muat naik foto, dia buka semula tudung itu dan keluar dengan ‘free hair’,”kata sumber.

Cik Bunga pun terkedu jua bila mendengarnya. Makna kata, mungkin benarlah Kila sudah lagi tidak mahu memakai tudung dan tempoh hari, status yang ditulisnya di media sosial, sememangnya sudah mencerminkan keputusannya.

Sayang sekali, Kila bukannya tak cantik dengan imej bertudung dan muslimah selama beberapa tahun. Tapi bab istiqamah ini, kita pun susah nak cakap. Lain orang lain ujiannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN