Qasrina boleh buat atau tidak? - Utusan Malaysia

Qasrina boleh buat atau tidak?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tak pernah lagi Cik Bunga dengar apa-apa cerita tak ‘best’ mengenai pelakon muda yang seorang ini. Qasrina sebelum ini rasanya mempunyai rekod yang bersih dan tak tercela dengan cerita negatif.

Tetapi itulah, adat jadi orang seni. Nak kekalkan rekod bersih itu belum tentu. Ada ketika dilanda juga dugaan dan ujian.

Namun, apa yang Cik Bunga dengar mengenai Qasrina ini bukanlah teruk sangat. Bukanlah kontroversi melampau. Cuma mungkin teguran ini boleh membuatkan Qasrina bangkit jadi pelakon yang lebih bermutu, mana tahu bukan?

Khabarnya, ada satu penggambaran drama yang membabitkan Qasrina yang memerlukannya untuk melakukan aksi lasak.

Pada asalnya produksi dah nyatakan aksi itu tidak wajib pun dilakukan oleh pelakon tersebut kerana mereka boleh panggil pelakon aksi lasak untuk ganti tempat Qasrina.

Namun, Qasrina kononnya nak juga buat aksi itu. Produksi pun okey sahajalah sebab fikirkan mungkin Qasrina ingin cabar diri.

Tup tup, sekali buat dia gagal. Ingatkan nak cuba lagi, rupa-rupanya Qasrina kata tak mahu dah. Kru yang bertugas agak bengang jugalah dengan ‘kelemahan’ pelakon itu.

Iyalah, nak ‘shoot’ makan masa dan kos. Kalau tak boleh buat dan rasa was-was dari awal maklumkan pada produksi. Agaknya dia pun tak ada asas latihan aksi lasak dulu. Jadi sebab itulah tak boleh buat akhirnya.

Menyusahkan pihak produksi? Ya dengarnya itulah antara keluhan yang kita dengar. Cik Bunga setuju juga kalau Qasrina dari awal buat persediaan rapi. Ambik kelas atau latihan asas misalnya.

Kita memang rasa nak cabar diri. Tapi perlu juga ada asasnya. Kalau silap cara, nanti badan sendiri yang merana. Buat aksi lasak ini bukan sekadar nak tunjuk hebat atau ‘terer’.

Kalau tak percaya, tanyalah mereka yang pernah buat. Hairul Azreen contohnya. Dia antara pelakon aksi lasak yang ada ilmu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya