Pegawai AS datang Malaysia, dakwa salur wang pada Hamas

Pegawai AS datang Malaysia, dakwa salur wang pada Hamas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pegawai sekatan tertinggi dari Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) akan mengadakan lawatan ke Malaysia dan Singapura, minggu depan.

Perkara itu didedahkan oleh sumber yang enggan dikenali ketika Washington berusaha memerangi pembiayaan dana terhadap Iran dan kumpulan proksinya serta mengelak sekatan terhadap Russia.

Sumber itu mendakwa kononnya terdapat peningkatan jumlah pemindahan wang ke Iran termasuk kepada pejuang Hamas melalui sistem kewangan Malaysia.

“Semasa lawatan itu, Setiausaha Keganasan dan Risikan kewangan, Jabatan Perbendaharaan AS dijangka membincangkan kebimbangan AS dan risiko sekatan yang ditimbulkan oleh aktiviti sedemikian.

“Penasihat Am Perbendaharaan AS, Neil MacBride juga akan turut serta bersama pasukan itu,” kata sumber berkenaan.

Lawatan itu juga dibuat ketika kebimbangan AS terhadap usaha mengumpul dana dan penjualan minyak Iran secara haram.

Disember lalu, jabatan itu mengenakan sekatan terhadap empat syarikat berpangkalan di Malaysia yang didakwa sebagai barisan hadapan yang menyokong pengeluaran dron Iran. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN