Kalau gigi pun tak ada, macam mana nak panggil berlakon? - Utusan Malaysia

Kalau gigi pun tak ada, macam mana nak panggil berlakon?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISU bayaran rendah pelakon lama bukanlah baharu. Sudah lama diperdebat tetapi sehingga sekarang, hanya suara yang terus bergema. Tiada tindakan atau sistem baharu diperkenal, untuk mengatasi isu tersebut.

Namun terbaharu, ada pula dakwaan wujudnya tangan ghaib yang menjadi penentu pelakon bagi sesebuah drama. Mereka memilih pelakon sama sehingga meminggirkan aktor dan aktress lama terutama.

Bercakap dengan penerbit kontroversi, Datuk Ayu Putih, Jawablah! mendapatkan penjelasan dan kenyataan. Mengapa masih ada pelakon lama yang mengadu dibayar rendah? Wujudkah tangan-tangan ghaib ‘menentu’ peluang? Datuk, Jawablah!

J: Baru-baru ini ada timbul dakwaan kononnya wujud puak-puak tertentu yang menjadi tangan ghaib menentukan pilihan pelakon bagi sesebuah drama. Sebagai penerbit, mungkin Datuk ada penjelasan atau kenyataan?

A: Memang ada puak-puak tertentu yang menentukan pelakon bagi sesebuah nashkah. Tetapi penerbit atau pengarah juga ada suara. Kita perlu lihat juga kesesuaian watak, tak boleh main pilih sahaja.

Ada pelakon veteran juga yang kita tawarkan walaupun mungkin namanya sudah suam-suam kuku dalam industri. Kita boleh gilap terutama dari segi penam[ilan. Boleh rekomen dan bentuk sesuai dengan watak.

J: Apa maksud perlu jaga juga dari segi penampilan? Adakah itu juga salah satu sebab mengapa ada segelintir pelakon veteran yang kononnya dipinggirkan? Tidak lagi diberi tawaran berlakon?

A: Anda seorang pelakon, baru atau lama, kualiti harus dijaga untuk memastikan nama kekal releban dan tidak jauh lari daripada imej atau penampilan ketika muda remaja.

Tetapi ada yang tidak ambil peduli pun. Bab wardrobe, kita boleh suai padan. Tetapi kalau gigi pun tak ada, macam mana nak panggil berlakon. Itu salah satu kriteria yang kita lihat juga. Kena ambil berat soal imej dan aura.

J: Bagaimana pula dengan dakwaan wujudnya pilih kasih dalam pemilihan pelakon? Nak pelakon yang cantik, tampan berbadan sasa sahaja. Pelakon lama yang masih menjaga imej juga dipinggirkan?

A: Ini bukan soal pilih kasih. Tetapi untuk sesebuah naskhah terutama filem, wajiblah untuk kami memilih pelakon yang bersesuaian dengan watak dan karya itu sendiri. Filem juga ada kos-kos tertentu.

Kalau filem itu bertaraf A dan dana yang ada juga setaraf, kita boleh panggil pelakon hatta berapa pun harga diberi. Tetapi kalau bajet pun ala kadar, kita tak boleh nak cater pelakon gred A. Tak kisah yang baru atau lama.

J: Tidakkah ini juga membawa kepada pembayaran pelakon lama yang dikatakan terlalu rendah? Sehingga ada dalam kalangan mereka rasa terhina.

A: Memang ada segelintir penerbit yang bayar pelakon lama dengan harga tak masuk akal. Bab itu saya tak setuju. Janganlah sampai bayaran tersebut sampai menghina mereka. Pengalaman dan ilmu mereka mahal.

Walaupun itu sebenarnya tertakluk kepada budi bicara penerbit itu sendiri, namun janganlah mengutamakan pelakon muda sehingga lupa kebajikan yang lama. Memang ada pelakon baharu harganya mahal.

J: Atau sebenarnya, penonton kita juga antara punca mengapa pelakon veteran seperti dipinggirkan? Permintaan dan sokongan hanya pada yang baharu muda bergetah sahaja.

A: Betul, kita boleh utamakan pelakon veteran sedia ada. Boleh sahaja buat daram atau filem yang peranan utamanya semua pelakon lama. Tetapi persoalannya, adakah anda semua akan menyokong?

Kita tidak boleh paksa mereka menonton. Walaupun jalan cerita menarik dan berbeza, tetapi kalau tiada sokongan tak guna juga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya