Shuib semakin menyendiri, jauh dari semua?

Shuib semakin menyendiri, jauh dari semua?

shuib
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ketika jejari Poklip leka berlari di atas papan kekunci, sebenarnya hati ini begitu sebak. Mengenang saat pertama kali mendengar perkhabaran ini. Jiwa Poklip sebenarnya sangat sensitif.

Poklip tidak begitu rapat dengan Allahyarham Siti Sarah. Kami saling mengenali, kalau berjumpa pasti riuh juga. Kerana Allahyarham umpama pelangi, yang menceriakan biru langit dan putih awan.

Melepasi tujuh purnama pemergian insan berjiwa hebat itu, ada yang mendakwa suaminya, Shuib masih tidak dapat ‘merelakan’ pulangnya Siti Sarah ke negeri abadi. Dia menyendiri dan semakin larut dalam jiwanya.

Dakwa sumber, Shuib sekarang lebih banyak berdiam diri. Tidak seperti dahulu. Walaupun dia seorang pelawak, realitinya jiwa Shuib seperti hilang bersama nafas isterinya itu.

“Dahulu Shuib selalu meraikan tetamu di rumahnya. Ketika arwah masih ada, memang seronok. Meriah. Tetapi kini, dia semakin menyendiri. Ada sahabat mahu datang berbuka dan beraya pun, dia minta ruang sendiri,” dakwa sumber.

Mungkin benar dakwaan seorang rakan, Shuib pulang ke kampung tempoh hari untuk mencari ketenangan dan jiwanya semula. Dia mungkin perlu kembali ke titik pertama hidupnya.

Dia lebih tenang dan banyak tersenyum. Hingga Poklip dengar cerita, dia berbuka dengan banyak berbanding ketika di rumahnya. Kalau tidak, cukup beberapa suap dia sudah berhenti makan.

Tidak selera katanya. Malah, dia juga semakin susut.

Poklip tidak tahu bagaimana untuk memahami perasaan itu. Poklip masih belum pernah merasakan kehilangan terbesar dalam hidup.

Poklip hanya mampu mendengar dan mendoakan agar Allah memberi segala kekuatan kepada Shuib untuk meneruskan langkah hidup. Terutama demi anak-anak.

Poklip tahu, Shuib insan luar biasa. Jiwanya seteguh karang cuma nama juga manusia, dia pasti ada rasa sakit, sedih dan kehilangan itu.

Mungkin yang pernah dan tahu, akan memahami rasa kehilangan itu. Lebaran yang berbeza, kehidupan yang berbeza.

Di kesempatan ini, Poklip mohon kita aminkan doa supaya kekuatan dan kesabaran serta ketakwaan akan dicurahkan dalam jiwa Shuib supaya dia mampu berdiri dan berlari semula.

Allah sayang Shuib, Allah sayang kita semua dan Allah sayang Siti Sarah…

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya