Anggota trafik maut selepas motosikalnya bergesel dengan lori

Anggota trafik maut selepas motosikalnya bergesel dengan lori

Anggota trafik
KEADAAN mayat seorang anggota polis trafik yang meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori dekat Jalan Kebun di Klang, malam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang anggota polis trafik berpangkat koperal menemui ajal selepas motosikalnya bergesel dengan sebuah lori dekat Jalan Kebun, di sini, malam semalam.

Mangsa, Allahyarham Koperal Izwan Napiah, 41, yang berkhidmat di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 malam ketika mangsa dikatakan sedang dalam perjalanan menghala ke Rimbayu dari arah Jalan Kebun.

“Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku apabila mangsa sedang menunggang di jalan yang lurus. Ketika di lokasi, motosikal mangsa dipercayai bergesel dengan bahagian tayar lori.

“Lori berkenaan dipandu seorang lelaki warga tempatan dan kesan daripada situasi tersebut, mangsa hilang kawalan dan terjatuh di atas jalan raya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jit Huey memberitahu, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) bagi tujuan bedah siasat.

“Bedah siasat dijalankan pada pukul 9 pagi semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat pemanduan yang berbahaya atau melulu.

“Polis juga memohon kerjasama daripada orang ramai atau saksi kejadian yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau BSPI IPD Klang Selatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×