KUALA LANGAT: Keadaan tiga mayat rentung akibat kebakaran kilang dekat Kawasan Perindustrian Olak Lempit, Banting, di sini, malam tadi menyebabkan identiti dan jantinanya belum dapat dikenal pasti. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, bagaimanapun pihaknya mengesahkan penemuan ketiga-tiga rangka terbabit yang diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. “Susulan kejadian kebakaran, hasil pemeriksaan lanjut oleh bomba pada pukul 9.40 pagi tadi, di lokasi kejadian menjumpai tiga mayat…










