Teruskan ‘Glamping with Pride’ dianggap cabar pihak berkuasa

Teruskan ‘Glamping with Pride’ dianggap cabar pihak berkuasa

Glamping with Pride
AMIRUDIN Shari bersama Mohammad Fahmi Ngah dan Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat Pusat Penyebaran Maklumat Nasional (Nadi), di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tindakan meneruskan penganjuran aktiviti songsang berkaitan LGBTQ seperti ‘Glamping with Pride’ dianggap sebagai provokasi dan mencabar pihak berkuasa.

Justeru, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan terhadap penganjuran tersebut selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membantah penganjuran program bersifat sedemikian.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, aktiviti perkhemahan seperti ‘glamping’ merupakan kegiatan yang selamat, namun ia tidak wajar dilakukan dengan bertema sedemikian.

Saya rasa Selangor dari segi komunitinya jelas, di mana-mana pun semua menentangnya dan (kalau) aktiviti glamping tak apalah, semua itu boleh dilakukan tetapi bukan dengan tema itu.

“Sekarang bukan masalah glamping, tetapi tema tersebut. Janganlah hukum glamping (tapak perkhemahan) disebabkan (perkara) itu. Pemantauan pula akan dilakukan oleh polis dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAS). Kita akan bekerjasama dengan lebih dekat,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, Sultan Sharafuddin menzahirkan tentangan dan bantahan keras terhadap penganjuran sebarang aktiviti songsang LGBTQ di negeri ini kerana melangkaui batas fitrah.

Sementara itu, Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi, Dr. Mohammad Fahmi Ngah berkata, beliau menyarankan penduduk setempat menjadi mata-mata dan membuat laporan sekiranya ‘Glamping with Pride’ oleh Jejaka.org itu terus dianjurkan.

“Apa kesalahannya, mereka tidak ada permit. Perhimpunan haram tanpa permit itu memang boleh buat laporan polis terus. Jadi, tak perlulah dia (penganjur) meneruskan aktiviti tersebut.

“Dia boleh berkumpul sahaja, (tetapi) tanpa permit yang sah itu pun sudah boleh diambil tindakan undang-undang. Sebab mereka (Jejaka.org) sendiri kata tak akan melakukan perkara yang melanggar undang-undang,” jelasnya.

Tambah Fahmi, bagaimanapun tapak perkhemahan yang menjadi lokasi penganjuran aktiviti tersebut belum dikenal pasti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN