SHAH ALAM: Tujuh individu termasuk seorang penjaga tol nyaris maut apabila sebuah lori treler merempuh sebuah pondok tol dan dua kereta dalam kejadian kemalangan dekat Plaza Tol Kota Kemuning di Lebuhraya Shah Alam (Kesas), di sini, malam tadi. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.17 malam sebelum menggerakan sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam…










