83 PATI ditahan, salah guna pas pekerja

83 PATI ditahan, salah guna pas pekerja

Pas pekerja
KHAIRRUL Aminus Kamaruddin (berdiri, tengah) memeriksa pasport milik salah seorang pekerja asing yang ditahan dalam serbuan dekat sebuah gudang di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seramai 83 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor hari ini dekat dua buah gudang di sini, atas pelbagai kesalahan termasuk melanggar syarat pas kerja.

Kebanyakan PATI lelaki berusia lingkungan 20 hingga 40-an dikesan juga dikesan menyalahgunakan pas pekerja diberikan iaitu bekerja digudang terbabit berbanding sektor pembinaan dan perladangan seperti yang dibenarkan.

Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, seramai 41 PATI ditahan di sebuah gudang bateri di Seksyen 23, terdiri daripada 23 warga Bangladesh, Pakistan (sembilan), Myanmar (tujuh) dan dua warga India.

“Selain tinggal lebih masa, kesalahan yang dikesan kebanyakannya melanggar syarat pas dan mereka mungkin lari daripada majikan asal atau tidak berminat bekerja di tempat lama.

“Tindakan dilakukan mengikut Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.

Serbuan di sebuah gudang elektronik berikutnya, turut menyaksikan seramai 42 PATI ditahan atas kesalahan sama melibatkan 22 adalah berbangsa India, (9) Bangladesh, (8) Sri Lanka, dan (3) Nepal.

Serbuan itu dijalankan Jabatan Imigresen Selangor bersama Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerusi Op Mahir, bermula pukul 10 pagi hingga pukul 3 petang tadi.

Katanya, kesemua PATI yang ditahan akan dibawa ke Depot Imigresen Semenyih. Manakala pihak Imigresen akan memanggil majikan mereka bagi menjalankan siasatan lanjut.

Operasi bersepadu hari ini turut melibatkan empat premis berasingan di sekitar daerah ini termasuk satu di Kuala Langat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN