SHAH ALAM: Jumlah mangsa banjir di Selangor dilapor mencecah 2,700 orang iaitu kedua tertinggi selepas Kelantan yang mencatat 9,931 yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS). Sehingga awal pagi tadi, di negeri ini sebanyak 19 PPS di buka di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Shah Alam dan Hulu Langat. Berdasarkan maklumat Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kuala Selangor mencatatkan jumlah mangsa tertinggi ditempatkan di empat PPS iaitu seramai 1,081…










