PETALING JAYA: Enam individu mengalami sesak nafas akibat terhidu asap kebakaran melibatkan empat buah kilang kain di Kampung Desa Aman, Sungai Buloh dekat sini hari ini. Panggilan kecemasan diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor kira-kira pukul 10 pagi berhubung kejadian itu. Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sepasukan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh bersama BBP Bandar Damansara, BBP Bukit Jelutong dan…









