SHAH ALAM: Kawasan di sepanjang lembangan Sungai Buloh dilapor menerima kadar taburan hujan paling tinggi bermula 24 November lalu dengan bacaan yang dicatatkan sebanyak 228 milimeter (mm). Justeru, keadaan itu dipercayai menjadi punca kepada limpahan air yang berlaku di kawasan Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh serta di Kampung Seri Sentosa dan Taman Saujana Aman, Ijok. Malah, ia turut menyebabkan laluan dari Jalan Kuala Lumpur-Kuala Selangor itu ke Bandar Puncak Alam…










