KDN sokong bekal senjata api kepada AKPS

KDN sokong bekal senjata api kepada AKPS

Senjata api
SAIFUDDIN Nasution Ismail ditemui pemberita ketika tinjauan Op Khas Pagar Laut di atas Kapal KM Tun Fatimah, di Klang, Selangor, semalam. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kementerian Dalam Negeri bersedia menyokong keperluan kelengkapan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) termasuk penggunaan senjata api.

Menterinya, Datuk Seri Safiuddin Nasution Ismail berkata, ia membolehkan AKPS bukan sahaja menjalankan fungsinya menjaga 122 pintu masuk negara tetapi juga demi keselamatan anggotanya.

“Jika ia untuk meningkatkan soal keselamatan seluruh anggota AKPS kalau ada keperluan misalnya untuk mengguna pakai senjata dan sebagainya saya serahkan sepenuhnya kepada kepemimpinan AKPS iaitu Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain untuk menyusun atur.

‎”Di kementerian, saya dan Ketua Setiausaha memberikan sokongan supaya agensi itu dapat menjalankan tugas dengan berkesan pada masa sama jaminan keselamatan terhadap anggotanya terjaga,” katanya ketika ditemui selepas tinjauan penguatkuasaan Operasi Khas Pagar Laut Agensi Penguatkuasaan Maritim (Maritim) Malaysia, semalam.

Jelasnya, AKPS sebagai sebuah agensi baharu, perlu diberi ruang menyusun gerak kerja dan strateginya dalam operasi pengawalan dan penguatkuasaan, operasi manusia, barangan dan melaksanakan kawalan di 122 pintu masuk negara.

Kelmarin, sebuah kenderaan Proton X70 dipandu Komander AKPS Bukit Kayu Hitam Mohd Nasaruddin Mohd. Nasir dilaporkan ditembak kira-kira pukul 5.40 pagi di susur masuk berhampiran Masjid Muhajirin, Bukit Kayu Hitam, kira-kira satu kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand.

Beliau yang ketika itu dalam perjalanan menunaikan solat Subuh dilaporkan terselamat.

Susulan daripada insiden itu, Shuhaily dilaporkan berkata agensi berkenaan sedang melihat keperluan untuk anggotanya dibekalkan senjata api dan jaket kalis peluru bagi menjamin keselamatan ketika bertugas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN