SABAK BERNAM: Seorang bapa saudara terpaksa melupakan hasrat untuk menjadi saksi pernikahan anak buahnya selepas terperangkap hampir lima jam dalam banjir bersama kereta mewahnya di Jalan Sungai Panjang – Tanjung Malim, di sini, hari ini. Menurut abangnya yang mahu dikenali sebagai Manan, 56, adiknya itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kampung Gajah, Perak sejak pukul 11 pagi sebelum kereta jenis Ford Mustang GT dinaiki bersama ahli keluarganya itu…










