SABAK BERNAM: Seramai 51 mangsa di Kampung Nelayan, Sungai Besar dan Sekinchan di sini, dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) susulan kediaman mereka dinaiki air berikutan hujan lebat sejak petang semalam. Di Dewan Seri Bernam, Sungai Panjang, seramai 39 penduduk ditempatkan di PPS berkenaan yang terdiri daripada 10 keluarga termasuk lima kanak-kanak dan empat bayi. Sementara di Sekinchan, seramai 12 penduduk terdiri daripada dua keluarga ditempatkan di PPS Dewan…










