SHAH ALAM: Seorang pemandu maut sementara empat lagi termasuk bayi berusia tujuh bulan dan kanak-kanak parah akibat kemalangan dekat Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 22, di sini, hari ini. Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta Proton Saga FLX yang dinaiki kesemua mangsa. Menurutnya, JBPM Selangor menerima panggilan pada pukul 1.20 tengah hari sebelum menggerakkan sepasukan pegawai dan anggota…