KUALA LANGAT: Dua buah sekolah serta lapan keluarga yang menjadi mangsa ribut di Kampung Medan, di sini, petang semalam menerima bantuan kewangan daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), hari ini. Setiausaha MAIS, Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini berkata, sumbangan tersebut diberikan bagi meringankan beban dialami mangsa ribut serta bantuan bagi membaiki dua buah sekolah yang terjejas teruk. “MAIS bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah melawat…