KLANG: Masalah brek dan gear dipercayai menjadi punca sebuah lori tanah hilang kawalan sebelum merempuh tiga kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Cerakah, Meru, Selasa lalu. Pemangku Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohd. Rahimi Zainol berkata, siasatan awal pihaknya mendapati pemandu lori berusia 35 tahun itu memaklumkan kenderaannya mengalami kerosakan ketika menuruni cerun jalan sebelum hilang kawalan. “Pemandu mendakwa lori yang dipandunya mengalami masalah brek serta gear…










