KLANG: Empat individu termasuk seorang pemandu lori sampah mengalami kecederaan selepas dirempuh sebuah lori pembawa tanah dekat persimpangan Jalan Meru Tambahan dan Kampung Bukit Cherakah Jaya, di sini, pagi tadi. Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kejadian tersebut melibatkan empat buah kenderaan termasuk dua Perodua Myvi di persimpangan lampu isyarat berkenaan. Menurutnya, sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar dikejarkan ke tempat…