SHAH ALAM: Seorang bayi berusia lapan bulan antara lima yang terlibat dalam kemalangan maut di Persiaran Tengku Ampuan semalam sedang bertarung nyawa akibat mengalami keretakan pada bahagian tengkoraknya. Malah, bayi perempuan itu kini sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan masih memerlukan bantuan pernafasan. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, wanita berusia 38 tahun yang merupakan ibunya pula sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi…