SHAH ALAM: Polis mengesahkan seorang bapa maut selepas kereta dinaiki bersama keluarganya termasuk dua kanak-kanak dan seorang bayi terbabas dan melanggar tembok pembahagi jalan dekat Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 22, di sini, tengah hari tadi. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kereta Proton Saga dipandu lelaki berusia 39 tahun itu di arah menghala ke Persiaran Kuala Selangor. Menurutnya, mereka sekeluarga dalam perjalanan dari Shah Alam…