SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan mengumumkan bantuan kepada mangsa ribut terutama di Sijangkang, Kuala Langat selepas laporan insiden berkenaan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) esok. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perincian bantuan itu akan dimuktamadkan selepas mesyuarat berkenaan bagi memastikan setiap mangsa yang terjejas menerima bantuan sewajarnya. “Esok saya akan dapatkan angka sebenar dan selepas MMKN, kenyataan akan dibuat bagi menjelaskan beberapa perkara…